Monday, 6 June 2011

:: Johor Oh Johor..!! ::


Hey Hai all!! Assalamualaikum..



Last weekend, i'm going back to my hometown. Welcome to Johor Darul Takzim! Hehe, actually, agak lama la gak tak menjejakkan kaki kat kampung. Around 5 months ago, hik3. Niat sebenar kena g Johor actually sebab my cousin kawin. So, awal pagi Sabtu lepas, kami 1 family, gerak la ke Johor. Actually, klu lalu highway, around 3 jam lebih dah sampai dah kampung i kt Felda Tenang tuh(kampung my ibu).. :) Pagi-pagi tuh, dengan mata yang kelat, i drive to Johor.. Ok, masa dalam perjalanan, cool je, dengan taknak sarapan bagai.. Haha, masa dah sampai Nilai tuh... Demm!! Jamm gila kot!! Dengan perut lapa*tula, ms kt umah, kenyang!.. Nasib la kete auto, hadoii, then lame gak la dok ngadap jamm tuh.. Tengok nih..


teruknya jamm!!







Then masa dah sampai kt exit Ayer Keroh, wooww!! Jamm nye kt situ.. Hmm, sume school holidays nak habiskn masa kat situ eh. Adoi, then dah lepas dari Melaka tuh, baru la aman sket dari jammed. Lenguh kaki den. Then akhirnya, keluar gak dari highway tuh. Exit kami di Tangkak wokeh.. After that, perutku semakin tak tahan lapar. Kemudian, g makan-makan, hoho. G kedai tuh, selamba tanya, ape yang besh eh makanan kat sini? Waiter tuh cakap, Nasi Ayam Black Pepper menu istimewa diorg. Then, kitorg 1 family order mende yang sama, sebab dah lapa sangat.. hahaaa..



shedapp woooo!! :)

nk tgk maharaja lawak, tapi akak i interframe lebih.. :p


nak gak nyebok.. :p



Then lepas dah makan, ingat nak usha kedai-kedai area situ jap. Pastuh, terjumpa plak kedai kasut nih. Tak glamour pun, bkn Vincci okeh*hehe. Masuk situ, orang tuh cakap, kedai dia baru bukak. Then, ada promosi sikit. Haha, ape lagi, pow la akak i kan. Hee, mula nampak sandal tuh, ingat mahal la kan. Sekali harga dia... tutt..*murah gila doww!! KL confirm tak dapat punya. Dah memang berhasrat nak beli sandal tuh, then girl keje situ cakap, amek lagi satu kasut ye, sebab kasut nih, buy 1 free 1.. Erkkk!! Haha, apa lagi, mata melilau p cari kasut lagi satu. Tak jumpa yang berkenan di hati, lastly, amek sama pattern gak, tapi, lain colour, hehe*berbaloi!!



cute kan? ni color grey, lagi 1, wane hitam.. :)
 
 
Haha, then dah dapat 2 pasang sandal, mata melilau lagi tuh*tamak! Haha, then jumpe de 1 kasut nih, warna purple wokeh. Cunn! Harga dia pun berbaloi-baloi. Pe lagi, amek la kasut tuh gak, sekali lagi dat girl cakap, kasut nih buy 1 free 1 ye. Pilih kasut lagi 1.. Kuang3.. Adoii, kenapa ko baik sangat?? Haha, jangan tamak sangat la kan, pastuh, suh my adik Nisa plak pilih 1 kasut yang dia berkenan sebagai free gift tuh. Dia pilih kasut warna merah u.. Haha, then, hasil kua dari kedai tuh, beg yang besar.. Sebab, dapat 4 pasang kasut dengan harga below Rm50 okeh, haha!*bahagia.


After that, teruskan lagi perjalanan. Atok n nenek dah tunggu dah tuh cucu-cucu dia nak sampai. Akhirnya, sampai gak kat Felda Tenang, Labis, Johor. Spend aktiviti petang kat situ dengan penuh bergaya, main badminton, main rabbit*nnt de story dengan cousin-cousin i, tak rasa letih lagi walaupun drive dari KL*hoho. Malam tuh, pe lagi, pengsan.. Hahaha.. 


Felda Tenang, tempat lahirku.. :)


 
Esok pagi-pagi sesudah breakfast, gerak g JB plak. Umah my cousin. Woo, jauh kot + ayah dah lupa jalan. Then, ktorg tunggu lagi sedara dekat Ayer Hitam untuk pegi sana sama-sama. Ayer Hitam, Batu Pahat adalah kampung ayahku. Hee, jarang dah pegi sana, sebab arwah Embah dah takde. Ayah orang Jawa okeh. Tapi anak-anak dia, memang teruk, sorang pun tak tau cakap Jawa n paham apa-apa :p .. Dulu masa kecik-kecik, memang nangis n nak balik cepat bila balik kampung ayah, sebab tak paham apa diorg cakap*teruk gila! Then, dah jumpa semua, ktorg gerak konvoi beramai-ramai.


Around 1 jam lebih la gak JB tuh dari Ayer Hitam. Masa masuk je area JB, woww! Macam KL woo, maju3.. Dengan kenderaan yang bertali-arus, siyes rasa macam kat KL dah busynye. Mula-mula je lalu JB, dah nampak mall besar, iaitu, Plaza Angsana.. :)






Rupanya, umah my cousin, dekat je dari mall tuh. Dalam kete lagi, hujan memang lebat, kesian my cousin kahwin ujan-ujan kan. Ktorg nak turun dari kete pun, lencun. Tema wedding dia, merah putih n hitam*gothic plak! Haha, tapi memang cun! Makanan sangat banyak. Ada nasi minyak*lauk sedap, sbb family my cousin owner of the catering, hehe. Then ada mee soto, cendol*perghh.. Hehe, puas ati..



menarik kan merah putih! My B pn suke.. :)




Then dah nak petang tuh, kena gerak balik KL, sebab takut jalan jamm. Adik Nisa kena masuk hostel dia before 11pm, but i kat UKM memang takde had*besh!. Ktorang yang paling jauh actually. Sedara ayah semuanya dok kat Johor. Ayah je tercampak jauh sampai ke KL, hehe. Then, i drive lagi from JB to KL. Letihh woo.. 5 jam rasanya. Dah le jamm! Demm btol! Malam dalam kol 9 lebih, sampai la kat UKM tercinta. Then, tanpa membuang masa, pegi mandi n siap-siap untuk zzzz.. Siyes letih badan, kaki n tangan. Memang tak sedar apa dah after tuh*sory x teman balik :p.. Tapi memang seronok ada event family camnih. Ni la yang dapat kumpulkan balik sume sedara ayah. Klu raya, tak dapat jumpa semua, sebab arwah Embah dah takde, masing-masing datang tak sama timing, so, agak susah nak jumpa semua. Oklah, need to go. Nak pegi tengok wayang kt Alamanda nih! Hoho, daaa all~


Selingan..
.
.



i dok situ, rs cm arrange goodies plak, kah3!! :p

msg encik mucuk saya.. :)


 
Notes from Elle : thanks 4 the baju raya mak! Love u :)

Friday, 3 June 2011

:: Setiap Pertemuan, Pasti ada Perpisahan ::



Hey Haii all! Assalamualaikum..


Ececeh.. Tajuk entry kali nih, bikin gempak je kan. Dowhh, lilek2, jangan bersangka buruk, takde ape pun yang jadi, and takde kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah takde*heee.. Today's entry, nak share sikit pasal sorang yang berbakat dalam nyanyian. Dowwh, suara dia merdu. Boleh tahan la, dengar sekali, rasa nak dengar lagi. Tak tau la klu i yang ketinggalan mengesan bakat dia kan. Hee, tapi i tengok video dia from Youtube. I nak share sikit la, lagu dia nyanyi, lirik dia, pergghhh.. tangkap leleh. Sesuai untuk orang yang putus cinta plakss. Hee, tapi i de terbaca komen-komen orang yang dah dengar lagu nih, prefer dengar guna earphone plak lagu 'Sampai Di Sini Saja' tuh. Kenapa eh?? Boleh meleleh air mata kah? Hoho, nanti should try la kan. Lagu nih ada dalam versi Korea wokeh*hehe. Tapi mmg besh Amalia Alias nih nyanyi. Video klip dia pun ok.. Comey je dia.. :) Enjoy this vid ok..





Sampai Di sini Saja by Amalia Alias (cover in Malay for We Broke Up Today by Younha)

Terdiam ku mendengar kata terukir
Tak pernah terlintas di fikirku selama ini
Mungkinkah kau sekadar bersenda
Atau hanya cuma berjenaka

Namun dari wajahmu ku sedari
Tiap kata yang kau tuturkan bernada sepi
Perlahanku tahan air mata
Dan kucuba untuk tersenyum laluku berkata

Sampai disini saja biar begini saja
Jangan cuba berpaling walau ku disini menangis
Mungkin bukannya aku bukan tempat diriku
Walaupun kau ku cinta kau takkan sedari aku

Bila ku tutup mata kau hadir disisi
Bila ku tutup telinga suaramu berbisik
Adakah ini mimpi semata
Andainya mimpi mengapa pedih hatiku terasa

Ku bahagia aku gembira aku derita
Maaf jika engkau ku luka

Harusnya engkau berpaling lihat aku disini
Mengutip kenangan kita yang ditiup angin derita
Walau bukannya cinta kita bukan sengketa
Dan kini takkan pernah ku mampu tersenyum lagi




Ni plak versi Korea. Dinyanyikan oleh Younha.. Tajuk dia, 'We Broke up Today' 

 



Lepas dah terjatuh cinta dengan lagu ni*walaupun lagu ni sedih dan tak berapa nak berkaitan sangat dengan hidup i sekarang tapi layan, pastuh i pun godek-godek lah lagi Youtube Amalia Alias dan jumpa beberapa cover lain yang agak menarik. Siap ada duet dengan Zaid Radzai.. Check this out..








 





Gandingan diorang memang mantopp n sesuwaiii... Hehe, beshnye nyanyi lagu Korea kan. lagu sedih plak tuh, haihh!! Oklah, enough for today.. Daaa~




 

Notes from Elle : dia kata, jangan pandang orang lain dah, pandang bawah je, hahaa.. :p

Thursday, 2 June 2011

:: Death Bell & Death Bell 2 ::

Hey Hai all!! Assalamualaikum..

 

Entry kali nih, nak cite sikit pasal review movie yang i baru je sudah tengok*pdahal movie nih dah lama. Hee ni sume, gara-gara Cik Cun la, haha. Tengok expression muka dia masa tengok movie nih, macam menarik je kan, tu yang beriya bena nak menengoknye haa. Semalam, dapat abeskan 2 movie tuh sekali, sebab sekarang, keje editing belum masuk lagi. Tengah tunggu contentnya. So, ingat nak study2 kan, tapi biasela, kemalasan je yang lebih klu nak mula study nih, haha. Movie nih from KOREA, tahun 2008. Pelakon, cam biase, comey2 je. Mm Death Bell 1 nih, mula2 masa nak mula tengok, perghhh.. starting dia, seram. Haha, masa tuh tengah makan megi, so dat, bek pause dulu, sat g, tersembur plak kt screen kang*dowhh. Hee, pas dah makan, boleh la tengok balik kan.

Death Bell 1 nih, kisah pasal bebudak nak exam, kat sekolah. Diorang study hard sangat. Tapi, nanti, ade 1 kejadian, yang menyebabkan diorg nih, x boleh klua dari sekolah. Sape yang cuba klua, akan kena bunuh. Mm cite nih, more to thriller la, sbb pembunuhan je banyak, hantu kua sket je. Budak-budak yang kena bunuh nih, dia bunuh ikut ranking student yang paling pandai. Tapi nanti last dia, tak sangka pembunuh dia, orang sekeliling diorg gak*hoho.

DEATH BELL 1



Death Bell 2 plak, lebih kurang je jalan cite dia. Lagi x seram. Tapi pembunuhan untuk movie nih, ganas gila. Sakit tengok, huhu. Dia pasal sorang student yang mati, n sape yang terlibat dengan pembunuhan student tuh, sume mati dengan ngerinya. Yang beshnya, pembunuhan nih, sume kena cari jalan penyelesaian soalan yang dia bagi untuk lepaskan diorg. Tapi selalunya, memang x sempat nak selamatkan, sebab semuanya terlambat.

DEATH BELL 2



Quiet interesting la movie nih. Tak rugi tengok. Mm jalan cite dia besh, tapi dah terlewat plak rasa tengok, sebab dah 3 tahun kot movie nih kua*hehe. Apa pun, dah tengok akhirnya movie nih, time kasih la sape yang bagi movie nih*hehe. Tu jela entry untuk kali nih. Nanti update lg, heee.. Daaa~ :)


Notes from Elle : cinta jarak jauh, i like it! But sometimes, it makes me feel suffer, hee.. :')

Thursday, 26 May 2011

:: I'm Soo excited with my Part Time Job ::


Hey Hai all!! Assalamulaikum...

Dah lama plak rase x menconteng kt blog sendiri, n edit bagai cam selalu, hehe. Btw, now i'm quite busy, with my study.. yang bakal habis dalam sebulan lagi,*presentation+assignment before i'm doing my practical on September nanti. Nak tau i dapat tempat practical kat mane? hehe, check it out... :)

.
.
.
BAKE 180

Haha, mesti korang tergaru-garu kan lepas dengar nama syarikat nih. Masa first i bc nama syarikat nih.. erk, nih syarikat IT ke, syarikat buat roti*ngeh3. Tp biaselah, tu 1st impression i. Hee, tp bila dah search info pasal syarikat nih, woow!! Interested! Sebab syarikat nih more to web designing.*besh woo. Syarikat nih, dekat je dari umah*niat sebenar. Memang berbaloi lah dapat kat sini, dekat gila dari umah. Memang lambat la kan i drive datang keje*kuang3. Syarikat nih terletak kat Jalan Duta. Dekat dengan opis2 kerajaan tuh. Mm, kalo korg confius lg, syarikat nih memang la dekat sangat dengan Masjid Wilayah. Nama bangunan dia, Solaris Dutamas, bersebelahan dengan Hartamas Height*umah org kaya.


Tapi masa sebelum dapat kat sini, kena interview ooo.. Kena bawak portfolio bagai, haha. Cuak gila, sampai sakit2 perut i tunggu giliran nak kena interview*haha.. -_-". Then masa dah kat dalam bilik interview, doiii, boss dia muda lagi. Hmm, lagi cuakss. Dia banyak tanya pasal sistem2 yang penah i wat. N dia pny soalan, banyak tny camne kte nak selesaikan sesuatu prob kt web or PHP*mati i. 


Hee, tapi mase abes interview tuh, entahla, rase confident sangat2 dapat*gila! Tapi dia cakap akan emel jawapan esok. Tup2, malam tuh gak dapat jawapan diterima kat situ*dush! menjerit x payah cakap la. Sebab, klu dapat kt situ, jimaaattttt... x pyh sewa umah, makan ditanggung, haha.. kena sedia duit minyak je laaa! :) 


Tapi yang i nk kongsi dalam entry kali nih, adalah pasal part time job baru i, i'm quite happy with my new job! Hee, sbb utama, mmg asah balik la kan ilmu Dreamweaver yang semakin berkarat dalam kepala nih*haha. Dapat keje nih pn, melalui syarikat yang i bakal practical kat situ, heehe. Time kasih! Keja yang i kena wat nih, kena explore balik Adobe Photoshop, Dreamweaver and satu lagi, blog yang guna Wordpress.    


At first, kelam kabut la gak, adoi, memang sah lembab. Banyak gila lupa kot! Pastuh, Wordpress tuh lagi la, x penah bukak n explore. Tapi, atas bantuan staff situ, setakat nih, keje yang dia bagi, boleh la wat. Tapi, biasala, beginner, ade salah silap kat mana-mana*hehe. Keja yang i kena buat adalah, edit content majalah bagi website. Hehe, majalah nih quite popular la kat Malaysia. Korang mesti penah dengar and baca kn?? :)

.
.
.








Haha, kan dah cakap, korang memang, pasal artis je, sume nak tau kan. Keje yang i kne wat tuh, kne edit bagi cantik-cantik sume content, n publish kat dalam Wordpress tuh. Mm, yang susahnya, bila nak main coding kat Dreamweaver tuh la! Banyak coding HTML -_-" yang i semakin lupakan, adoi.*tula, dulu lecturer ngajar, ko tido. Tapi xpe, mula2... nanti lelame, ok lah kan. I sekarang sedang dalam proses lagi mengedit content untuk website Majalah EH! Edisi Jun 2011. Kena kejar dateline, hee, tuh yang busy sikit.. Tapi, study tetap study, hik3. 


Actually, majalah nih bukan cite pasal gosip artis je tau, banyak info boleh dapat. Gaya hidup, gaya sihat, fesyen..*promo plak! Tapi, i memang excited la dengan keje i nih. I akan mula mengedit bila i ade mase free, tapi biasela, bila dah mengadap, lupa nak tido, hehe. Tapi kan, syarikat nih memang bagus. Sebab dia manage website majalah yang popular la gak kat Malaysia, contohnya, majalah Glam, Seventeen, herworld, n female*banyak lg. 


Walaupun i masih study, i try my best untuk buat this job, it's because, this job can gain my knowledge especially with the creativity and the coding*ngeh3. Bagus untuk i gak, nanti senang bila dah pandai pasal web! I minat gila kot blaja mende nih. Jadi programmer, memang gaji ko besooo gila*sepatutnya i bakal jadi  regarding to my courses, tapi.. tekanan diaa.. adeh. So, i memang minat sangat3 kat keje baru i nih!! wooo.. Hehe, tu jela entry untuk kali nih. Daaa all!! Muahxx.. :) 



Notes from Elle : kami sama2 busy, cari rezeki, muahxx.. :)

Saturday, 21 May 2011

:: Kuala Selangor oh Kuala Selangor..!! ::


Hey Hai all!! Assalamualaikum..


Today, nak kongsi sikit pasal kemajuan Kuala Selangor*tempat yang i slalu lalu dolu2. Dulu2, i study kt Politeknik Sultan Idris Shah(Sabak Bernam), so memang lalu lah kan kalau nk balik KL. Tapi arituh, masa pegi balik area sn*tgk adik, lalu la Kuala Selangor tuh. Wooww!! Dah maju wooo.. Haha, i yg peghak tgk kn. Tapi memang dah lama tak lalu sana, since dah lama abes study kat sana kan. Tapi, memang dah nampak perubahan kat sana. Dulu masa study kat sane, aleh2, mmg Sungai Besar jela tempat ktorg abeskan masa n beli barang2. Memang xde ape2 sangat. Waa.. 1st time masa sampai Sabak, memang x boleh terima la kn. Nangis2 masa mandi*bg org x nmpk mata bengkak! Haha. Sebab x suke dengan keadaan yang pedalaman sangat + line Maxis masa tuh memang damn!! Gila lah, sampai kena tukar nombor Celcom kot since study sana. Tapi entry kali nih, nak cite pasal Kuala Selangor je wokeh. Nanti entry yang lain, i cite pasal tempat lama i study dulu. Masa otw pegi tuh, kami 3 org je yg pegi. My Ibu, my B, and me. Masa mula2 pegi, i yg drive. Balik, my B plak, letih kot, hehe*tq sayang!! :) 

                                     
                                       

Then, masa dah lalu Kuala Selangor tuh, woww!! Dah ada McD!*suke! Beshnye, sebab before nih, yang ade, Pizza Hut and KFC jerk. Memang besa lah kan McD tuh. Dia sorg je kt situ. Takde kongsi2 dengan kedai lain. 




 
Pastuh, jalan2 lg, pegi survey kedai ape yang baru2 lg. Woow!! MyMydin dah ade wokeh kat sana*dowhh. Sempat la gak pegi masuk and beli2 barang kat sana*mcm KL xde,haha. Tak banyak sangat barang, and ade barang yang ibu nak beli pn xde*hehe. Ni la MyMydin kt Kuala Selangor tuh.




Pas dah beli2 barang, ada lagi Mall baru kat sana*hebat x? haha. Baru je bukak, nama Mall tuh, OnePlaza*klu x silap. Sejak study sana, memang xde harapan la nak tengok wayang kan. Jauh, kalau nak tengok pun, kena tunggu masa balik KL. Memang selalu miss la banyak movie2 besh*kesian! Tapi, sekarang kan, dah ada wayang kat Kuala Selangor wooo. Boling pn dah ade. Hadoiiii kan besh mase tgh study dulu sume2 nih dah muncul*hish!. 


nama cinema dia LOTUS FIVE STAR, hehe







MEGA LANES - my B dah penah try main kt cni, hehe :)


Tapi macam biasa, seiring dengan kemajuan, kenderaan dah mula banyak la kan kat situ. X mustahil satu hari nanti, boleh jem jalan kat situ*hehe. Kat Kuala Selangor, dah ade Tesco gak. Tapi, Tesco nih, dah lama gak la bukak. Tapi, ms i study kat Sabak Bernam, Tesco nih dalam pembinaan lagi*dowh! Hehe, tapi kan, nk share gak pengalaman masa pegi Kampung Kuantan kat Kuala Selangor tuh. Korang penah tengok kelip2 yang banyak x masa malam2?? Hehe, i dh merasa pengalaman nih tau. Dah lama pegi, tapi nak share sikit pengalaman masa tengok kelip2 tuh. 

 
tiket naik sampan tuh


Tapi, masa mula2 sampai situ, memang ramai orang luar lah*foreigner. Kena pakai jaket keselamatan tau, pastuh, masa tengok bawahhh........ adoii, naik sampan kot, bukan guna bot. Ada pekerja yang dayungkan nanti. Gelap sangat keadaan malam tuh, yela, nak tengok kelip2 kan.


ngeri sampan nih, HAHA

 
Masa dah sampai tengah2 sungai tuh, takut gilaaa lah. Memang x penah nek sampan malam2 buta, tapi, nak sangat merasa kan. Masa otw nak pegi pokok yang ade kelip2 tuh, sunyi je suasana, org tuh cakap gak, x boleh bising2 sangat, nanti kelip2 lari. Sebab tuh dia x pakai bot yang ada enjin. Tapi dia cakap, datang situ, kena tepat dengan tarikh*x silap awal bulan. Sebab nanti lagi nampak kelip-kelip banyak.

 
Tapi kan, nak cite pengalaman, masa dlm perjalanan tuh, tibe2, sampan terlanggar kayu besa*perghh.. Menggigil x payah cakap la kan sebab masa tuh, memang bajet buaya kat bawah*suke pk negatif! -_-". Memang sumpah la cakap dalam hati xnk pegi lg*woo. Memang sunyi je keadaan masa tuh, tapi dalam hati masa tuh, cepat la patah balik, x nampak kelip2 pn xpelah, haha. Tapi.. bile dah jumpe port kelip-kelip tuh lepak... woww!! kagum dengan kekuasaan Allah. Cantiknyaa.. Pokok tuh dah jadi macam hiasan lampu pokok krismas plak. Memang cantik. Rasa nak pegang je masa tuh, orang yang bawak tuh sedaya upaya la nak rapatkan sampan tuh dengan pokok. Tapi.. i xnk dekat2 sangat.. Sebabbbbb.. takut de ular plak bergayut kat pokok tuh*kah3!! Memang masa kat situ, otak pk negatif je, hehe. Tapi bila dah sampai kat tempat naik masa mula2 td, mmg ckp Alhamdulillah la kan. Memang syukur selamat sampai. Tapi memang rasanya, sekali je kot pegi situ*takut!. Cukup
la sekali je pengalaman pegi sana. 


credit to PROF GOOGLE.. hehe.. :p


 
Tapi memang sekarang dah nampak la kemajuan Kuala Selangor tuh sedikit demi sedikit. Harap sangat satu hari nanti ada perubahan pulak kat Sungai Besar and Sabak Bernam tuh*hehe. Okehla, ni jela entry untuk kali nih. Nanti entry yang lain, i cite pasal pengalaman masa i study kat Sabak Bernam plak wokeh! Daaa~ 

 

Notes from Elle : dalam kete ms otw balik KL, tiba2 membebel, 
                       pasnih, susah la nak datang sini, adik nak abs
                      study sana dah. Tiba2, my B cakap, macam dia 
                      x dok sana, x blh melawat dia ke?*erk lupe.. 
                      Siyes my Ibu n me gelak2, sbb lupa dia keje 
                      kat sana, haha.. :p

Friday, 20 May 2011

:: Bertuah dapat Suami macam ni ::

Hey Hai all!! Assalamualaikum.. 

Entry kali nih, i terjmpe kt Facebook ms tgh stalk2 page org lain kan*haha. And then, bile dh bace,
woow!! Kagum sgt ok, klu dapat seorg yg bergelar suami mcm nih. Bckn Al-Quran utk kte sebelum tdo*bkn cte dongeng2 -_-".
Bangun malam utk beribadah*bkn tgk bola, sangat2 besh okeh.
Kalaulah wujud lelaki yg macam nih, mmg beruntung sangat2 sume yg bergelar WANITA. Sila lah baca cerita kt bwh nih eh,
mmg pnjg, tp so touched bile dh bc*dowhh.. and bg pengajaran sangat2.. :')


" Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa

isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu

kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya

lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia

kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya

bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya

mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka

bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa

depan akan pastinya berubah lagi.

 

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini

senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning

sickness yang teruk sekali bagi isteri

saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.

Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.

Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,

kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja

solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur

kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.

Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,

sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya

sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang

dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran

sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan

sebelum mengandung pun saya akan membaca

Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur

sehinggalah dia terlelap.

 

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya

sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam

kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu

sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan

janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya

ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula

dengan

kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab

'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata

saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin

survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak

berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan

anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada

kemudian hari adalah diluar bidang kuasa

saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

 

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,

zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali

bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar

email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar

tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya

untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya

yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak

kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?



1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah

waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua

pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub

conscius mind) adalah paling optimum ketika

ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

 

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan

kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke

ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

 

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah

ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al

fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam

hati dan jangan putuskan zikir anda.

 

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah

di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah

dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai

mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda

beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati

isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan

berselawat, banyak bersabar.

 

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa

sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir

anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat

anda

 

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang

menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya

bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan

anda berjaya dengan kaedah ini.



Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An

Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa

Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik

Hanafi

sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam

Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia

dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu

aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang

belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin

disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)

ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga

sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak

dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik

akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih

segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri

kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita

sendiri.

 

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang

membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa

berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah

sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya

nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh

Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah

para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu

kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara

saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa

pula kata mereka nanti.

 

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak

dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin

disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman

rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi

saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak

yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang

dan

bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri

saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami

akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa

depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

 

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim

piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga

sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini

saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud

salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam

hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan

saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya

biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak

akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu

dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti

saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia

tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu

banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud

menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki

jangan ditumpahkan sia-sia.

 

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya

kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya

telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'

dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam

hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan

cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan

muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.." :)


Bermakna kn klu dapat suami mcm nih? I hope dat my FUTURE HUSBAND will guide me,
Bkn sekadar kasih sayang di dunia je dapat, tp kebahagiaan di akhirat jugak.. I really mean that!! Inilah bukti kasih sayang yang sebenar. That's all for this entry. See ya!! :)
                                                        .
                                                        .

Notes from Elle : lirik lagu nih besh, enjoy yeah!! :)

:: My Addicted!! ::


Hey hai all!! Assalamualaikum..

Lately nih, rajin plak la kan nk mengupdate blog nih, sbb bnyk sgt mende nk cite. Haha, n ke-excited-an melampau nih membuatkn entry kali nih, mmg sgt2 la excited i nk taip n cite.
Entry kali nih adalah story mengenai kegilaan i menonton KOREAN DRAMA!! weehoo.. Sangat seronok ok. Feel sgt tgk cite2 nih. N yg paling penting, selalunye, cite2 korea nih, jrg menghampakan
jalan cite dia. 

Happy ending of coz la kn, tp yg paling penting skali, sukeeeee sgt3 dgn hero cite2 nih, haha*jambuuuu ok! Heroin dia pn biasenye, mmg comey2 blake, so, mmg sngt suwett la kn. Sedap
mate memndang ms menonton*hehe. Kalau nak ikutkn, x terkira dh movie2 n drama2 korea yang i dh tgk. Memang sgt bnyk ok. Sbb since dr Sekolah Menengah lg dok layan cite2 nih. Kdg siap gaduh2 lg dgn family sbb berebut channel tv*muahahaaaa. Tp skrg x kesah pn x dpt tgk kt tv, internet ade, pe de hal, download sdh, haha. So far tgk korean2 drama nih, mmg sgt seronok. Walaupun korean drama nih paham2 jela, episod berjela2, lama amek ms nak habiskn. Tp oleh sbb minat sangat kan, tengok jugak sampai kadang2 sbb dh terlalu nak tau sgt ENDING cite tuh, sampai sanggup x tido malam*dowhh.

Bila dh tau ending, baru rasa boleh tido dengan lena, haha*teruk kn! Supposedly, korean drama nih, mmg episod dia biasenye mmg banyak, kdg smpai mencecah 20++ episod. So, paham2 jela kn hamek mase
bape lame utk hbskn tgk. Sbb dh minat, sanggup je kan. Ni la serba SEDIKIT cite2 korea yg i dh tonton!*heeeee.. :)




  ~ Winter Sonata ~
 

Dowhh, cte nih besh gile2! Mmg sangat popular ms zaman sekolah ok! Jalan cerita mmg sgt menarik. Kang Jun Sang & Yoo Jin*klu x silap. Auwww, gndingan diorg sangat besh n secocok ok. Mmg x miss tgk cite nih dulu. Cte pasal percintaan*x miss la kn :p, persahabatan, kasih sayang.. sangat menarik, Sape yg x tgk lagi, memang rugi ok!


                                                
                                    ~ Autumn in My Heart ~



Ni lagi lah, minat gileeeeeeeeeeee dgn hero dia!*haha. Hensem + cuwett. Cara dia jaga pempuan yg dia anggap adik dia dlm cite nih, mmg sangat besh! X sia2 lg tgk. Jalan cite mmg la lain dari yang lain. Sbb ending cite nih, hero n heroin dia same2 mati. Bukan hepy ending -_-". Heroin dia mati sbb sakit leukimia, n hero mati ms pengkebumian heroin dia. Kne langgar lori. Sedih gila lah jalan cite dia, tp, mmg sangat besh!!  


 
   ~ Boys Over Flower ~


 
Cite nih lagi la, mmg beshla*mn de yg x besh, lelaki2 dlm cite nih, sume hensem2 + jambu2 belake. Cite nih, klu de yg penah tgk cte TAIWAN yang tajuk dia METEOR GARDEN tuh, mmg sama la jalan cite dia. Name group diorg dlm cite nih pn same, F4. Pasal anak2 org kaya, kaki pempuan, n cite psal kat kolej. N de sorg pempuan nih yg xde la perfect pn, tp berjaya ubah perwatakan hero dlm cite nih. Hero dia sampai byk berubah sbb kn suke perempuan tuh, tp fun la cite nih, sbb bnyk cite psal kehidupan remaja kt kolej. Should watched it ok! :)


                                                                     
    ~ My Girl ~


       
Drama nih psal hero n heroin yang same2 comel n sepadan. Cite nih sgt besh ok! Nak2 lagu dia. Mmg byk lagu dalam drama nih yang besh. Sampai lagu tema cite nih, jd ringtone kt phone la, haha*betape addictednye. Jalan cite dia, sangat menarik! Heroin dia suke menipu dalam cite nih sbb nak dptkn duit! haha.

        
~ Naughty Kiss ~
 

Ouh! Cte nih bru gak lg tgk! Auww, hero... admired gile! Drama nih pasal pempuan yang xde ibu, dibesarkan oleh ayah dia. Ayah dia de restoran meniaga mee. Pempuan nih minat sangat kat sorg lelaki, yang hensem n bijak. Lame pempuan nih suke lelaki nih, dr zaman sekolah, hinggalah dia masuk universiti. Pempuan nih sanggup dftr universiti n kelab yang sama dgn lelaki yg di minat tuh, hehe. Tp lelaki nih suke berlagak cool, pdhl dia pn dh suke kt pempuan tuh. Cite nih besh! Sbb mmg cite pasal usaha, kasih sayang, kekeluargaan n persahabatan.





   ~ Secret Garden ~


       
Haahaha, mmg xde keje la kn, dok tgk cte korea je awal sem nih. Ni cte bru gk la abs tgk, Secret Garden. Hero n heroin dia x la comey sgt. Tp jalan cite dia besh. Dia psal sorg yg miskin n sorg yang kaya. Pas 2 nnt, de 1 kejadian nnt, yg buatkn diorg tertukar perwatakan*ala2 fairy tale. Tp heroin dlm cte nih mmg la ganas. Jd stuntwoman kot, hik3.

 

   ~ My Gf is a Gumiho ~ 
       

Cte nih, lg la bru abs tgk. Semalam bru habis tgk sume episod. De 16 episod. Cite nih unik cket, sbb cte psal gumiho*fox yg nk jd human. Dia nk sgt jd manusia, ade husband n family sndri. Dlm cite nih, mmg asek2 tukar "bead" jela. Sbb "bead" nih cm nyawa utk gumiho tuh. Besh cite nih, walaupun sedih ms nk habis tuh, tp ending dia, tetap happy ending. Boleh meleleh woo air mata tgk drama nih*poyo! Tp ape2 pn, x rugi tgk drama nih, of coz!! :)
.
.
.
yang nih lari tajuk cket la, haha. Yang kt atas nih sume td cite korea kn, nih plak cte yg ADDICTED sgt2 ms zaman sekolah dlu*form3 ok! Sangat2 minat cite nih, sampai de season 2. Tu pn tgk gk! Hahaa.. Nak tau cite ape?? Tgk kt bwh nih poster dia, hehe...
.
.
.
.
METEOR GARDEN

Haaa, mst korg pn pernah tgk kn cite nih. Dia pasal kehidupan student yg kaya kt kolej. Sume org takut dengan geng diorg nih, sbb klu sape2 cr masalah dgn geng2 nih, nnt pg2 dtg kolej, de dpt surat merah. Maksud, surat cinta!!! Bkn surat cinta biase tau... Tapiiii surat yang menandakan hidup bakal berubah. Haha, maksud, bersedialah utk bakal kne BULI!! Mmg teruk la sape yg cari pasal dgn geng diorg nih. Tp, at last, de gak yang berani lawan geng diorang nih. Iaitu pempuan yg bername Shan Chai*choi, nm pn ingt lg! Tp mmg teruk la pmpuan nih kne ms mula2 tuh. Abs lebam2. Tp bile ketua geng*hero diorg dh suke pmpuan nih, mmg bes la kn. Bercinta dalam pakse je pempuan tuh. Tp mmg besh la cite nih. Diorg yg berlakon dlm cte nih, penyanyi kumpulan F4. Popular sgt3 ms tuh. Jerry, Vanness, Ken, Vic*wow!ingt!dowhh. Mmg addicted sgt2 dgn cite nih, sampai bli puzzle F4, baju, hafal lagu diorg -_-*malunyee.. Haha, tp biasela, zaman2 muda2 kan. Skrg kumpulan tuh dh berpecah dh*sedih! Heee, tp ok, jalan cite dia mmg besh wokeh!:)


Kalau nk cite psal tgk korean drama nih, mmg pnjg sgt nnt entry nih jdnye. Mmg dh byk sgt tgk dh. N mengikuti sangat cite2 korea. Selain dr kegilaan dgn komik2, ni lah salah 1 lg kegilaan di kala lapang. Mmg ssh nk ilgkn minat nih*doii. Rasanye, ckuplah utk entry kali nih. Nnt update lg! Daaaaa~
 
Notes from Elle : de org JELES i tgk cte korea! hehe :)