Tuesday, 29 November 2011

:: New Look of My Blog ^_^v ::

Hey hai all!! Assalamualaikum..

Lama dah tak mengarang kat sini kan. Mood nih kadang-kadang up and down untuk tulis blog. So sekarang nih, nak tulis sikit je. Nak komen korang semua pasal new look of my blog yeah. Ok, klu nak tanya kenapa ada banyak ciri-ciri PINK, baik jangan tanya, haha*gelak jaat. Sebab tuan punya blog nih memang terlampau addicted dengan warna tersebut and kalau tak guna warna nih, boleh jadi tak tido malam*huihhh, tipu. Haha, so abaikan je warna ke hape. Nak mintak idea korang la. Nak tambah apa lagi eh kt blog nih?? Ke dah comel dah macam nih. Heee, klu rajin, drop la comment eh, mana tau boleh dipertimbangkan, hehe. Confirm blog anda akan dipromote kalau idea anda bernas and boleh digunapakai. So, sila-sila jangan segan ye. Later all~

Monday, 7 November 2011

:: Huikksss..??? ::


Hey hai all.. Assalamualaikum.. 


Today nak share sikit picture nih...



Haa, terkejut kan. Artikel ni someone jumpa kt Ohio University. Dulu-dulu kan. Halal haram tak cerdik lagi. Dunia sekarang dah maju, kalau tak paham gak halal haram, memang saja je tuh... :p


notes from Elle : hee, sory ye yang tertunggu2 entry my blog.. busy sedikit, plus takde idea mengarang, hehe.. :D

Friday, 26 August 2011

:: The Power of Media ::



Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster." *
HAHAHAHA..

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari.! "

 

Thursday, 25 August 2011

:: So Cool!! ::


   
Dear Icebergs,
 
Sorry to hear about global warming.
Karma is a bitch !!
 
Sincerely,
Titanic
 
 
 
Dear Yahoo,
 
I’ve never heard anyone say, “I don’t know, lets Yahoo! It …..”
Just saying……
 
Sincerely,
Google
 
 
 
Dear Voldemort,
 
So they screwed up your nose too huh ?!
 
Sincerely,
Michael Jackson
 
 
 
 
Dear Facebook,
 
I can’t believe you still haven’t  gotten that ‘dislike’ button.
 
Sincerely,
Youtube
 
   

 
Dear Facebook,
 
Just wait, one day they'll abandon you as well.
 
Sincerely,
Myspace
 
   

 
Dear Mathematicians,
 
Here's a hint: X will always equal 10.
 
Sincerely,
The Romans
 
 
 
Dear Elevator,
 
We have a son and his name is Escalator.
 
Sincerely,
Stairs
 
 

notes from Elle : kepada insan yang suka bersumpah seranah kat blog & sebagainya. Sudah2 la tu, bertaubat. Jangan ingat diri sendiri paling sempurna. So, cermin diri dulu, sebelum nak bercakap banyak. Remember! Dan peringatan kepada someone nih, ko la perampas paling besar sekali. Tak payah bajet diri x bersalah. Ko pun culture shock..*oops, ni my fren yg ckp. Ingat tu, sekarang ko boleh tersenyum, n tunggu satu demi satu balasan untuk orang seperti kau.. Sekian.. :)  
 
 
 

Wednesday, 24 August 2011

:: Under Construction ::

Hey hai all!! Assalamualaikum...

Sorry le bebanyak klu korang pegi blog i, cm tak de pape. Actually, tengah rajin nak edit - edit blog. Tapi tadi tiba - tiba takda idea. So, niat terbantut. Haha, so, nanti sambung lagi k. Header blog pun i amek yang lame punya je, tak sempat edit yang lain. So, wait for the new look of my blog yeah!! Later all :)

Friday, 19 August 2011

:: Tahniah Kesayanganku ::

Hey hai all!! Assalamualaikum...


Today, nak share short entry je, nak ucap tahniah kat bf sendiri, sebab akhirnya, dapat gak transfer keje ke KL. Before nih, agak susah ktorg nak jumpa, almaklum, jauh bebeno*jauh le sangat. Haha, actually, dulu ofis dia kat Sg Besar, Sabak Bernam je*tempat i stdy dolu2.. Susah jauh - jauh nih, banyak risau sangat. Makan pakai dia sume. Sekarang lega, sebab nanti dia dok dengan family dia, lega ade orang jaga.. Hee, sekarang, yang i terkejutnya, dia dapat tukar, kat tempat i study sekarang gak, hehe. Dekat sangat dengan UKM*dowh.. Happy tau tak? Nasib dia takde depan mata sekarang, klu tak segan je dia nampak muka gf dia happy sesangat, haha. Anyway, selamat menimba pengalaman kat tempat baru ye sayang, keje elok - elok okey! Lots of love.. Congrats! :)



Monday, 15 August 2011

:: Comparison between DSLR Canon n Nikon ::

Hey Hai all!! Assalamualaikum...




Dah berhari - hari plak tak update blog kan. Actually busy dengan kehidupan seharian*eceh. Banyak pic and story2 nak share. Tapi one by one la keyh.. Arini, wat homework sket.*wat asgmnt malas. Tapi bab nak perabis duit, memang rajin nak search bagai, haha.. Tengah gigih nak cari perbezaan antara DSLR Canon n Nikon. Haha, i'm just beginner je. Tapi, puas la search, tak dapat jawapan yang meyakinkan ati.*eceh.. Mm just searching pasal Nikon DSLR D5100. Tapi arituh g kedai, tengok Canon EOS1100D.. Haha, ko nak yang mana satu?*penin.. Tapi ramai insan - insan terdekat guna Nikon. Adeh, pening - pening. Tapi takpe, de banyak masa lagi sebelum beli, kih3.. If anyone nak share pasal yang model mana 1 lagi okeh, rajin - rajin la komen kat entry nih k. Jasa anda semua amatlah di hargai, hehe.. :)


cun plaks, hehe





Kalau i choose Canon, between 2 model ni jela yang i rs ok n bajet tak lari sangat, kih3...







Kalau Nikon, i memang nak model ni je.. D5100.. :)


notes from Elle : sharing is loving kan, hehe.. :)

Wednesday, 10 August 2011

:: Wordless Wednesday ::


~  I DO, I DO, I DO... :)  ~

Monday, 8 August 2011

:: 7th day Puasa ::

Hey hai all!! Assalamualaikum....


Alamak haiii.. Kemain rajin sekarang i update blog, walaupun ntah sape-sape je pun yang baca, hehe. Takpela, i just wanna share je pun. Tak nak baca tak hape, takde sapa larang, hee... Time-time puasa nih, banyak plak aktiviti kan, tu yang rajin je nak menaip, hehe.. Semalam, i'm outing with my bff, Hany! Happy sangat bila kua dengan dia, sebab dia sangat-sangat happening orangnya.. Memang gelak x hingat la klu dah jumpe dia.. Elok-elok cantik je, bila kua dengan dia, jadi kurang sopan sikit, hik3.. Tapi, kali nih, memang sedih sangat tengok muka dia. Dia pun nampak susut sikit badan walaupun before nih memang nampak dia agak 'happy' sebab memang dia tengah happy. Kebelakangan nih, dia de something prob yang.... mungkin susah nak paham.. Tapi.... i hanya boleh doakan, mende nih cepat settle, n dia ok seperti biasa.. :) Rindu sangat gelak ketawa dia yang boleh bikin i berpeluh-peluh gelak. Hmm, i wish u happy like always my dear! Semalam sakan temankan dia shopping, rajin dia masuk fitting room bagai.. Tapi i malas gila! haha.. Tapi semalam dapat la beli kemeja kat ROMP One Utama. Comey gak n puas ati, hee... Pastuh ktorg sama-sama g berbuka kt Johnny's Restaurant. Ktorg dah siap booked dari kol 4 petang lagi. Then masa tengah tunggu waktu berbuka tuh, menghadap ktorg makan nampak Norish Karman n Arni Nazira. Phewwitt.. Diorg kt lua pun cantik babe! Adoi, licin je kulit walaupun tak makeup bagai, huuhu.. Anyway, ni jela pic yang sempat snap semalam, haha.. Sengal je, tapi, ni la kenangan semalam...

.

.
.

toilet pn bolehhh.. :p







cenyum selalu.. :)

 


buwekkk... :p









kemain happy kau... :p



<3 u babe!! :)

Oklah, nanti ada cite lain nak kongsi, i update lg hokehh.. Later all.. ~ :)





Saturday, 6 August 2011

:: 6th day puasa ::

Hey hai all!! Assalamualaikum..


Hari ni, nak share sikit pengalaman shopping kat Jalan TAR tadi.. Shoppingkah? Hahahaa.. Kesian sangat kt my B, abes muka dia merah-merah n peluh-peluh. Tapi berbaloi gak la tadi, dapat gak beli pashmina raya n buat something yang happy, hee.. Gempak ko, nak kena cari tiga pashmina. Sebab, raya kali nih sakan, 3 pasang baju, 2 baju kurung, 1 kebaya*ngeh3..1 baju tuh, officially, memang sama dengan family sebelah sana, 1 lagi dengan family i, 1 lagi pilihan sendiri, kih3.. Sakan ko Elina. Takpela, bukan selalu, haha. Esok nak sakan lagi shopping, haha. Tapi tadi, memang sabar betol dengan keadaan kt KL. Ramai orang kot. -_-" Memang dah agak, ibu i dah suruh gerak awal, so that tak sesak sangat, tapi padan muka kami. Tapi pengalaman untuk dia, sebab tadi i bawak my B nek ktm. Haha, rasakan.. Rasa nak buka tak sebab penat? Hehe, sepanjang dia cuti nih, memang i asek ajak dia nek public transport je. Dalam minggu nih je, dah ajak dia naik Monorail, Putra, Star n KTM. Hik3, kesian mucuk2... Dia jarang naik, ramai orang plak tuh tadi, hehe. Yang padan muka kat i nye, nak jalan2 tuh la pakai kasut tinggi, terbaik ko Elina! Masa nak balik tunggu tren kt KL Sentral tuh, i dah duduk, haha. Letih kot. My B siap tanya, nape tak bawak air tadi, minum jela.*erk, phm2 je eh, haha. Mulut yang selalu pot pet pot pet bila dengan dia, terus jadi diam sebab kepenatan, dia tanya, i hanya mampu mengangguk je, haha. Senget ko, padahal ko yang beriye kan nak kua ke KL, hehe. Kesian bf ko Elina.. :p Kenapa ktorg kt KL Sentral? haha, cari pasal.. Ktorg g times square gak sebab i ada nak cari barang. Lastly barang tuh tak jumpa yang berkenan.. -_-" Kesian lagi kat my B sebab penat temankan. Dia senyum je, tapi ntah2 dalam hati....... hhahaaha.. *mati ko nnt ble dia baca.. :p... Ni jela short update untuk arini. Esok de tugas lagi perlu settle, haha.. Nite2 all bloggers.. :)


notes from Elle : semoga Allah permudahkan lagi segala urusan yang telah dirancangkan... Aminn~ :)

Wednesday, 3 August 2011

:: 2nd Day Puasa ::

Hey Hai all!! Assalamualaikum...


Lama gila plak rasa tak update blog i nih. Hampir sebulan, sorry yerk! Haha, my B pun dah tanya, lama tak jenguk blog dah eh, hahaha... Kesibukan melanda diri, sekarang pun baru ada masa nak spend time untuk wat macam2.. hhehee.. Semalam, i pegi tempat kerja, and settlekan benda yang patut di settlekan ditemani encik Fahmi yang setia menemani i, haha.*sementara dia cuti nih, heee.. Then, after that, pergi tempat favourite kitorang, cam biasa, One Utama, sebab dekat la gak dari umah, heee.. Actually dari rumah lagi dah call tempat nih untuk reserved makan untuk buka puasa. Takut full plak kan, langkah berjaga2, baik g tempah awal. Takde la merana tak dapat tempat nak buka nanti, hehe.. Nak tau ktorg buka kat ne.... Ni ha tempat dia....




KENNY ROGERS ROASTERS..


Haha, btw, masa makanan belum sampai tuh, ktorg mmg bajet nak amek gambar ayam2 tuh... Tapi apakan daya, makanan sampai, ktorg makan terus n bila dah tinggal tulang baru my B perasan, haha, kata nak amek pic makanan td.. Kah3!! Siyes ktorg kebulur sangat2.. So, padan muka ktorg, xpelah, next time jela share kat sini, hik3... Today plak, dapat invitation dari keluarga my B untuk berbuka kat umah diorg.. So, cam biasa, petang2 sikit, gerak la dari umah ke Setiawangsa... Last but not least, SELAMAT BERPUASA TO ALL BLOGGERS!!! :)


notes from Elle : takut dengar orang yg tunang pun boleh putus, apatah lagi yang tengah bercinta kan... Semoga hubungan kami berdua diredhai Allah selalu. Akan selalu jadikan iktibar dari orang sekeliling.. :)

Monday, 4 July 2011

:: Gadis Terminal ::



Hey hai all..!! Assalamualaikum..


Kenapa tajuk entry i kali nih cmni? hehe, korang fikir2 kan la sendiri, hik3. Mm, lama plak rasa tak jengok blog sendiri, apatah lagi yang lain kan. I try reply sume chat n comment k! Sorry babe n guys.. I busy sedikit..*sedikit kah? Actually busy banyak, haha. Sampai tak sempat jumpa matahari*thriller tak? Keluar umah kol 6 pagi, ada kat rumah kol 12 malam. Haha, tula, kan dah bagitau, thriller weh hidup i sekarang. Sorry la lepas nih update pun tak panjang2, haha. Letih weh. Masa yang ada, kena spend banyak2 untuk rehat dan peluk bantal, haha. Nantila kalau i rasa i nak share pasal apa i busy nih, i share k. Sebab sekarang takde mood nak berblogger lama-lama.. Hee, have a nice day! Later all! :)


Notes from Elle : terharu sebab mak my B call dari Sarawak n cakap ada beli ubat untuk penyakit lelah. Thanks mak! LOve u! :)

Thursday, 30 June 2011

:: #1 Petua Kecantikan ::


Hey Hai all..!! Assalamualaikum


Today entry, nak share sikit pasal petua kecantikan, muahaaaha.. Check it out! :)


Awet Muda

Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:
  • Kisar beberapa jambul nanas*camne eh? dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
  • Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.*erk, ni yang payah nih



Melentik Bulu Mata

Mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Untuk memiliki mata yang cantik, di sini ada satu cara yang boleh diamalkan :-
  • Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan


Melebatkan Bulu Mata

  • Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu*mmg nak amalkan pun! hee..


Mencantikkan Rambut
  1. Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut. Caranya
    • Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.
    • Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
    • Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit kepala.
  2. Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air. Ramas sehingga keluar airnya. Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.
 

Hindari Rambut Gugur
  1. Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
  2. Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
  3. Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.

 
Nanti ada banyak lagi petua yang i nak share kan.. Sambung nanti lagi ye. Later all!! :)

 

Wednesday, 29 June 2011

:: Wordless Wednesday ::

27/6/11

## Fall in love with u everyday.... MOHAMMAD ZULFAHMI ABD RAHMAN ##

Thursday, 23 June 2011

:: Rindu Rindu Rindu, Tau x? ::



Hey hai all!! Assalamualaikum...


Minggu-minggu exam nih, nak gak kan ko update blog Elina.. Haha, btw, nih just short update je*boleh caye ke? Sekarang nih, tinggal tunggu last paper esok. Subjek Media Digital Processing*tough dowhh -_-". I redha jela jawab paper Network pagi tadi, dah try my best, walaupun soalan, perghh killer babe! -_-". Hmm, my entry today, nak cakap... I rindu sangat kat u.... Huu, rindu kt family, semestinya!!! Hmm... Tak sabar nak abeskan semua hal sampai ahad nih. Esok! Tak sabar nak abeskan kursus, then, pegi dating.. Mish nye la hai kat kamu wahai encik Fahmi.. kesian kan. Dah 3 minggu tak dapat jumpa, memasing busy... -_-". Yeay!! Esok pas habis kursus, kita jumpe tau!! Yippi.. Heee...

.
.

.

.


hehe...



eh2, nak jugak*taknak kalah.. HAHAHA... :)


yes, i'm not AVAILABLE.. *xde mood nk edit dh, haha... :)

.

.


mish both of u.. :)



rindunyeee kt dak tecik nih... :)


Oklah, kena study la, later all.. :)

Friday, 17 June 2011

:: Lagu pilihan hari ni.. ::


Hey haii all!! Assalamulaikum...


Today, selesai dah semua urusan untuk short sem nih*happy. Tinggal tunggu exam untuk next week..*berderet paper ok.. Hmm, xde mood nak study lagi lah, guano?? Sambil rehat-rehat kat katil kesayangan, i nak share lagu yang i suka dengar ulang-ulang hari ni. Kesian rumet i*maaf rumet, hehe..


## 1st song



I suke version yang Maddie Jane nyanyi, sebab suara dia lagi comey, haha...


Jar Of Hearts lyrics

 I know I can't take one more step towards you
'Cause all that's waiting is regret
And don't you know I'm not your ghost anymore?
You lost the love I loved the most

And I learned to live, half-alive
And now you want me one more time
And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart

You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?
I hear you're asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms

And I learned to live, half-alive
And now you want me one more time
And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart

You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?
Dear, it took so long just to feel alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
Cause you broke all your promises

And now you're back
You don't get to get me back
And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart

You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Don't come back at all

And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all

Who do you think you are?
Who do you think you are?
Who do you think you are



## 2nd song



Lagu nih, entah kenapa, susah nak hafal lirik dia, hahhaaa.. rumet i je yang semangat selalu nyanyi... :p 


Percaya padaku lyrics

aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu

seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

reff:
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)

agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

repeat reff

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

repeat reff

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku


Oklah, that's all for today, later all.. :)



Thursday, 16 June 2011

:: Busy Lady ::


Hey hai all!! Assalamualaikum... 


Title entry nak gempak aje!!*hahaa.. Walaupun tengah busy sekarang nih minggu study week, nak gak update blog!*muahaaha.. Tadi dapat kerja baru lagi.. untuk update content website Majalah EH! untuk edisi Julai 2011 plak. Before nih i buat yang edisi Jun punya. Okeh Elina, u can do it!! Chaiyok2!! Doakan i dapat bahagikan masa dengan bijak and smart yerk. Kena study + part time job + kejar dateline -_-".. Oklah, nih short update untuk arinih, ada kerja perlu disiapkan. Later all~ :)


.

.

.

.

.









wahai bantal2, malam lah saja dapat kita bersama, kah3!! :p


Notes from Elle : tq b, sbb sokong whateva i do, n bg nasihat.. thanks syg! love u more! :')

Wednesday, 15 June 2011

:: JOM JOIN REVIEW BLOG and GIVEAWAY by CIK BUBU :D ::


Hey Hai all..!! Assalamualaikum... 


Masa tengah menjelajah blog-blog lain, terjumpa plak blog comel nih yang bagi GIVEAWAY..berminat plak nak join*walaupun tengah busy nak exam.. HAHAHA.. tapi cam menarik je hadiah tuh*tapi xde luck pn xpe, just try.. Muahahaaa.. sudah2 la merepek.. Kalau uolls nk join, senang je.. Mana tau ada luck kan.. Meh tengok bawah nih... :)



CARA-CARA :
1) follow CIK BUBU ok :) bukan ape nanti senang awok2 nak tgk senarai/pemberitahuan psl ni . ;) PASTU korg kena like PAGE NI pastu LIKE gambar ini . terima kasih:) kalau yg takdak fesbuk tu pi buat skrg la syg ! hehe takla..*done!!
 
2) buat laa entry satu ala simple2 je okayy dear ^^ tajuk sama cm entry nihaa :D letak banner review n giveaway ni kat entry tu pastu link kan ke blog nieh okay (:banner tuh korg tekan je naty dia kua yg besa , pastu korg copy . *done!!
 
3) lelaki kee perempuann kee semua dijemputt hadir ! *i'm a girl !! hehe.. done!
 
4) entry awook tu kasi la sikit kata kata simple knp awok join ni , cth : 'aa saye nak cik bubu review psl sy sbb sy hensem ke , comel cantik ke' or 'saye nak up trafic ke' takpun ' saye pun tatau knp?"?? haha =.= * kt atas skali...done gak ! :) 


*LINK akan DITERIMA SELAMA DUA MINGGU :) 

TARIKH TUTUP : 27JUN2011
(kalau cik bubu baik haty akan dilangjutjut kan lagyy :D)



Notes from Elle : haha, sengaja suka2, untung2 dapat giveaway comey kan, hehe.. :)

Monday, 13 June 2011

:: Ohh Quizz.. zzzzz ::


Hey Haii all...!! Assalamualaikum...


Doiii.. Entry kali nih, tak besh sangat.. Sebab i tension about something*dowhh... Nak tau ape.. ni haaaa...
.

.

.

.

.

Filters.... Point Operations....









 
 
gigihla arinih, huhu.. :'(
 
 
Xtau kan pe mende nih.. Ni namenye, notes Media Digital Processing. Sangat-sangat stress okeh nak pahamkan mende nih. Esok de quiz kot. So that, memang besh la jawab esok. Susah gila weh, programming yang macam melibatkan add math pn ade. Senget laaaaa... Terkulat-kulat i nak pahamkan..
 
 
sambil ditemani bntal mucuk kesygn.. :p
 
 
 
Hmm oklah, ni short update untuk harinih, hee.. Nak sambung study balik, heee.. daaaa all~ :)


 
Notes from Elle : dia selalu ada, bila saya perlukan, walaupun jauh.. :)

Sunday, 12 June 2011

:: Yummy nyummy TAKO TAO ::


Hey Hai all!! Assalamualaikum...


Now what exactly i want to share for this entry is all about Tako Tao*nyummy! For those who have somehow managed not to eat this amazing delicacy, i'm suggest that uolls should eat this wokeh..!! It's actually little flour balls filled with coleslaw and a filling of our choices - octopus, chicky & ham, prawn and unagi(eel). This is the snack thats came from Japan. The balls are then topped with mayo, the delicious sauce and slices of thin dried fishy thingees of which i dunno what's its name*haha. I love watching the staffs of Tako Tao make these little cuties. So skillful!!*fuhh.. 


nyummy! it's more delicious if u eat this when it's still hot!! :)



But for this Tako Tao, i'm just only taste the prawn filling only, muahaha.. Actually, this is the 1st time that i taste this kind of food*noob! I'm eat this when i'm hanging out with my B's family (B, mak, kak intan & abg aqin) at AEON Setiawangsa. First when i see this food, it's look so delicious, but, i'm never eat this kind of food before. But, mak suggest me to try it. It's so delicious wokey! Nyum2!! I'm hungry when i'm think about it*dowhh.. Haha, this food supposedly u can get it when u go to the Jusco


look delicious rite?? hehe...


a box of tako tao...





Hee, all the pictures looks so delicious rite? Haha, should try it ok, it's nice and i'm suggest that u eat it when it's still hot yaww! Hee, dats all for the entry!! Daa~
 

 

Thursday, 9 June 2011

:: Bersabarlah... ::


Hey Hai all!! Assalamualaikum...


Today's entry, nak cite sikit pasal kegilaan baru i. Hmm, nak mulekan cite pun, rase dah rindu sangat dah. Haha, pelik-pelik je kan ko nih Elina. Nak tau pe mendenye i tengah cite nih, tengok kat bawah. 
.

.

.

.

.


alolo, tomeynye kau! :')






banyaknye c arnab!!!
 









Sume nih comey kan??? Adoi, tengok! Dah mula rindu*sighh.. -_-". Actually, rabbit banyak-banyak nih, atok i yang bela. Siap ada kawasan lagi untuk arnab nih tinggal. Ada banyak la, and macam-macam color ada. Actually, tak berapa minat sangat nak bela pet nih kat umah, sebab since dulu bela kucing and kucing tuh mati, rasa sedih pulak nak bela apa-apa klu pet tuh mati*rindu NEMO! Tapi masa i spend time waktu petang kat kampung i, i tengok la arnab atok i bela. Wooww! Sume comey! Terus rasa jatuh cinta. Rasa nak bawak balik KL la. Then, masuk rumah atok, g cari ibu n ayah, cakap nak bela rabbit, wooo, muka penuh pengharapan. Ayah bagi je, sebab ayah kata, dulu ada bela, tapi masa tuh i kecik lagi, tak paham apa. Ibu cam tak setuju je masa tuh, sebab ibu cakap, nanti sapa nak jaga, masa i kat U.


Huu, pastuh, rasa nak sangat-sangat amek rabbit tuh, sebab macam dah jatuh cinta sangat dengan kecomelannya. Hmm, pastuh ajak ibu n ayah pegi tengok lagi rabbit tuh, huuu, lastly, ibu pun geram tengok, ayah memang dah bagi dah bela. Nak sangat bela arnab si comey lote tuh. Nakkk!! Then ayah cakap, camne nak bawak balik KL, tempat kurung dia takde, then esoknya plak kena g JB. Then ayah cakap, takpela, nanti tunggu lepas raya kita amek arnab nih okeh! Hmm, masa tuh, nak sangat bawak balik*degil. Pastuh ibu plak cakap, nanti tengok kat KL punya plak, beli sepasang. Tapi, macam tanak je kt KL punya, nak yang nih jugakkkkkkkkk....  



i nak bela si comey yang nih la, huuuu....

 
Okeh, fine, memang dah sangat jatuh cinta. Rasa nak tido dengan arnab nih je*setiap mlm tgk pix arnab nih b4 tido, hoho... Mm, tapi takpe, pas abes semester nih, nak try cari arnab kt pet's shop. Siyes nak beli if terjumpa yang comey. If tak, tamau! Nak amek kat kampung nih jugak!! Huuuu.... ~



Notes from Elle : B tanak bela yang beso punya arnab, nak yang tecik je, hahaha... lawak je B oiii!! :)

Monday, 6 June 2011

:: Johor Oh Johor..!! ::


Hey Hai all!! Assalamualaikum..



Last weekend, i'm going back to my hometown. Welcome to Johor Darul Takzim! Hehe, actually, agak lama la gak tak menjejakkan kaki kat kampung. Around 5 months ago, hik3. Niat sebenar kena g Johor actually sebab my cousin kawin. So, awal pagi Sabtu lepas, kami 1 family, gerak la ke Johor. Actually, klu lalu highway, around 3 jam lebih dah sampai dah kampung i kt Felda Tenang tuh(kampung my ibu).. :) Pagi-pagi tuh, dengan mata yang kelat, i drive to Johor.. Ok, masa dalam perjalanan, cool je, dengan taknak sarapan bagai.. Haha, masa dah sampai Nilai tuh... Demm!! Jamm gila kot!! Dengan perut lapa*tula, ms kt umah, kenyang!.. Nasib la kete auto, hadoii, then lame gak la dok ngadap jamm tuh.. Tengok nih..


teruknya jamm!!







Then masa dah sampai kt exit Ayer Keroh, wooww!! Jamm nye kt situ.. Hmm, sume school holidays nak habiskn masa kat situ eh. Adoi, then dah lepas dari Melaka tuh, baru la aman sket dari jammed. Lenguh kaki den. Then akhirnya, keluar gak dari highway tuh. Exit kami di Tangkak wokeh.. After that, perutku semakin tak tahan lapar. Kemudian, g makan-makan, hoho. G kedai tuh, selamba tanya, ape yang besh eh makanan kat sini? Waiter tuh cakap, Nasi Ayam Black Pepper menu istimewa diorg. Then, kitorg 1 family order mende yang sama, sebab dah lapa sangat.. hahaaa..



shedapp woooo!! :)

nk tgk maharaja lawak, tapi akak i interframe lebih.. :p


nak gak nyebok.. :p



Then lepas dah makan, ingat nak usha kedai-kedai area situ jap. Pastuh, terjumpa plak kedai kasut nih. Tak glamour pun, bkn Vincci okeh*hehe. Masuk situ, orang tuh cakap, kedai dia baru bukak. Then, ada promosi sikit. Haha, ape lagi, pow la akak i kan. Hee, mula nampak sandal tuh, ingat mahal la kan. Sekali harga dia... tutt..*murah gila doww!! KL confirm tak dapat punya. Dah memang berhasrat nak beli sandal tuh, then girl keje situ cakap, amek lagi satu kasut ye, sebab kasut nih, buy 1 free 1.. Erkkk!! Haha, apa lagi, mata melilau p cari kasut lagi satu. Tak jumpa yang berkenan di hati, lastly, amek sama pattern gak, tapi, lain colour, hehe*berbaloi!!



cute kan? ni color grey, lagi 1, wane hitam.. :)
 
 
Haha, then dah dapat 2 pasang sandal, mata melilau lagi tuh*tamak! Haha, then jumpe de 1 kasut nih, warna purple wokeh. Cunn! Harga dia pun berbaloi-baloi. Pe lagi, amek la kasut tuh gak, sekali lagi dat girl cakap, kasut nih buy 1 free 1 ye. Pilih kasut lagi 1.. Kuang3.. Adoii, kenapa ko baik sangat?? Haha, jangan tamak sangat la kan, pastuh, suh my adik Nisa plak pilih 1 kasut yang dia berkenan sebagai free gift tuh. Dia pilih kasut warna merah u.. Haha, then, hasil kua dari kedai tuh, beg yang besar.. Sebab, dapat 4 pasang kasut dengan harga below Rm50 okeh, haha!*bahagia.


After that, teruskan lagi perjalanan. Atok n nenek dah tunggu dah tuh cucu-cucu dia nak sampai. Akhirnya, sampai gak kat Felda Tenang, Labis, Johor. Spend aktiviti petang kat situ dengan penuh bergaya, main badminton, main rabbit*nnt de story dengan cousin-cousin i, tak rasa letih lagi walaupun drive dari KL*hoho. Malam tuh, pe lagi, pengsan.. Hahaha.. 


Felda Tenang, tempat lahirku.. :)


 
Esok pagi-pagi sesudah breakfast, gerak g JB plak. Umah my cousin. Woo, jauh kot + ayah dah lupa jalan. Then, ktorg tunggu lagi sedara dekat Ayer Hitam untuk pegi sana sama-sama. Ayer Hitam, Batu Pahat adalah kampung ayahku. Hee, jarang dah pegi sana, sebab arwah Embah dah takde. Ayah orang Jawa okeh. Tapi anak-anak dia, memang teruk, sorang pun tak tau cakap Jawa n paham apa-apa :p .. Dulu masa kecik-kecik, memang nangis n nak balik cepat bila balik kampung ayah, sebab tak paham apa diorg cakap*teruk gila! Then, dah jumpa semua, ktorg gerak konvoi beramai-ramai.


Around 1 jam lebih la gak JB tuh dari Ayer Hitam. Masa masuk je area JB, woww! Macam KL woo, maju3.. Dengan kenderaan yang bertali-arus, siyes rasa macam kat KL dah busynye. Mula-mula je lalu JB, dah nampak mall besar, iaitu, Plaza Angsana.. :)






Rupanya, umah my cousin, dekat je dari mall tuh. Dalam kete lagi, hujan memang lebat, kesian my cousin kahwin ujan-ujan kan. Ktorg nak turun dari kete pun, lencun. Tema wedding dia, merah putih n hitam*gothic plak! Haha, tapi memang cun! Makanan sangat banyak. Ada nasi minyak*lauk sedap, sbb family my cousin owner of the catering, hehe. Then ada mee soto, cendol*perghh.. Hehe, puas ati..



menarik kan merah putih! My B pn suke.. :)




Then dah nak petang tuh, kena gerak balik KL, sebab takut jalan jamm. Adik Nisa kena masuk hostel dia before 11pm, but i kat UKM memang takde had*besh!. Ktorang yang paling jauh actually. Sedara ayah semuanya dok kat Johor. Ayah je tercampak jauh sampai ke KL, hehe. Then, i drive lagi from JB to KL. Letihh woo.. 5 jam rasanya. Dah le jamm! Demm btol! Malam dalam kol 9 lebih, sampai la kat UKM tercinta. Then, tanpa membuang masa, pegi mandi n siap-siap untuk zzzz.. Siyes letih badan, kaki n tangan. Memang tak sedar apa dah after tuh*sory x teman balik :p.. Tapi memang seronok ada event family camnih. Ni la yang dapat kumpulkan balik sume sedara ayah. Klu raya, tak dapat jumpa semua, sebab arwah Embah dah takde, masing-masing datang tak sama timing, so, agak susah nak jumpa semua. Oklah, need to go. Nak pegi tengok wayang kt Alamanda nih! Hoho, daaa all~


Selingan..
.
.



i dok situ, rs cm arrange goodies plak, kah3!! :p

msg encik mucuk saya.. :)


 
Notes from Elle : thanks 4 the baju raya mak! Love u :)