Thursday 29 August 2013

:: Wedding prep - PART 1 ::

Hey hai all! Assalamualaikum...



Few months ni Elina baru rasa how stress u can be masa nak buat wedding preparations ni. huk3.. dah nampak 1st masalah tang tempat nikah. Baru ingat nak nikah kat masjid area rumah. Sekali renovation pulokk, 2tahun plak tu. Harapanku terkubur lagi.. *sigh*. Hmm, tapi ada tempat lain lagi boleh nikah. Cuma aritu memang dah merancang nak nikah kat masjid rumah. So, plan kena ubah la. Then, ada masalah lagi tang sewa sewa baju nih. Hahaa, kalau kami tak bergaduh nak dapat d best tak sah la kan. Sorang nak macam ni, sorang nak macam tu. SOrang nak simple, sorang nak macam retisss. pfffft. Haha but now ok je. Deposit baju pun dah bayar, tinggal nak fitting size and try2 je. Hikss. Actually, masa nak pilih baju nih, Elina g sorang je, kakaakaa. Encik fiancee percaya penuh kat Elina untuk tengok-tengok baju dulu then decide untuk 1st decision. Memangla Elina boleh pilih, pastu Encik fiancee dah risau2 laaaa pasal hal-hal book, price sebab Elina uruskan sorang. Kang kena tipu anak dara orang ni kanggg, kakaakaaa. Encik tunang call banyak kali untuk pastikan semua harga, sebab Encik tunang ni busy sesangat, huhu. Susah nak curik masa dia. Tu Elina decide pegi butik sorang-sorang dulu untuk tengok-tengok baju, hehehee. At the first place, masa 1st jumpa butik kat Gombak ni, Elina dah pergi dengan Encik tunang dah. Tu yang dia percaya Elina boleh pergi lagi sekali tanpa dia, hehee. Masalah kat kedai tu Elina malas nak cerita. Kang mengaibkan butik tu pulak, so.. i keep it and zip my mouth, ngehehee. Yang penting, after this, kami kena ukoq badan and dia akan jahit ikut badan kami. Most important is, sewa baju untuk 2 majlis sangat affordable and baju kat situ cantik-cantik. To be continued.. :)



Notes from Elle : mungkin sebab color tema pilihan baju dia cecantik, tu yang terus cakap baju dia cantik-cantik kot, keekekekee :p

Friday 23 August 2013

:: My Engagement Day - PART 1 ::

Hai all! Assalamualaikum..:)


Entry ni special sikit. hikss *gelak gedikss*. Haahaa actually ni first dalam sejarah hidup kan. So fefeeling excited lebih la kan *harap memahami :p*. Actually perbincangan untuk bertunang ni dari tahun lepas lagi. Tapi masa tu Elina baru lagi habis belajar. So that, nak kena tunggu kerja dulu and kukuhkan ekonomi sendiri dulu. Tapi takpela, Elina pun dat time baru 23tahun. Apelah yang kau tau sangat pasal hidup dik non. So takpayah nak menggatal dan menggedik sesangatt. Elina dan tunang actually dah kenal lama kot*tunang yang cakap*. Tapi Elina start kenal kenal dia awal tahun 2010. Dimulakan dengan dia bagi no telefon dia kat ym, hahaha. Time tu dia cakap dia kena g kursus untuk kerajaan sebab dia baru join kerajaan masa tu. No telefon yang dia bagi kat ym tu Elina biarkan sepi je. Hahahaa. Tak silap Elina 2009 lagi dia dah tegur masa tu kat FB. Tapi biasala, Elina tak percaya cinta alam maya ni. So, tak layan. Tapi first Elina jumpa tunang Elina ni kat Ampang. Masa tu Elina ikut kawan praktikal Elina dia kata nak jumpa kawan-kawan game dia. So layankan aje. Masa first jumpa tu tunang Elina selekeh amat. Baru balik main futsal. Kekeekee. Ayat yang paling tak lupa masa first jumpa ramai-ramai tu tunang Elina sempat cakap."Akhirnya dapat jugak eh tengok Elina depan depan". Masa tu senyum jaaa. Tak makan ayat manis ke hape. hikss. Tapi tula first jumpa tunang Elina. So sampai ke hari ni, lebih kurang 3tahun lebih la kami saling mengenali manis dan pahit perangai kami. Kekekeee.

Hahaaa so awal tahun ni, tunang Elina menyuarakan pendapatnya untuk bertunang pada tahun ini juga. Dan melangsungkan pernikahan tahun depan. So, Elina umur matang dah la tu kottt. 25tahun menikah. InsyaAllah. hikss :D So Elina ingat lagi tarikh keramat ni (22/02/2013). Kakakaaka. Masa tu Elina and keluarga tunang makan-makan dinner kat Hotel Grand Millenium, Bukit Bintang, tempat mak tunang Elina kerja. Setiap tahun kami akan makan sama sebab meraikan birthday kami bertiga iaitu mak tunang Elina(10Januari), tunang Elina(14Januari) and Elina sendiri pun lahir bulan Januari gak(18Januari). So before g dinner ni Elina dah cakap dah kat tunang Elina. Jangan cerita kat meja makan pasal perbincangan nak tunang ni. Segan i nokkss. Yela, semua ada kan time tuh. Tapi tunang Elina ni degey... -__- Dia nak jugak announce masa tu and perancangan kami beserta tarikh yang kami nak lagi. Hahahaa. Actually masa tu tak sangka dia nak cerita gak masa makan tu. Perghh. Terus ilang selera makan. Kakakakaa. Hmmm dat is d first time for me. Soooo, nebes sikit yeee nokss.

So, malam tu jugak semua family dia tahu pasal kami yang decide nak bertunang nii. Kakak my tunang terus cek dia punya jadual kut kut la ada kerja ke kan. So nasib kami baikk, tarikh itu dipersetujui semua yang ada di meja makan malam tu. After dah setuju masa tu, kami announce tarikh pertunangan kami pada 20 April 2013. 20hb actually sebab nak samakan dengan tarikh anniversary kami. Hahaa. Tapi tula, kita kan manusia. Sebaik-baik perancang adalah Allah swt. To be continued.. :)

Thursday 22 August 2013

:: My Job ::

Hai All! Assalamualaikum.. :)


Harini Elina nak cerita sikit pasal kerja Elina dapat after graduate haritu. Actually, before Elina graduate lagi Elina dah mula carik kerja walaupun masa tu original certificate tak dapat lagi. Seingat Elina, Elina dah mula carik kerja since habis exam final year lagi. Masa tu tinggal nak presentation FYP je. Sungguh yakin lulus je masa tu, haha. Tapi Alhamdulillah FYP Elina pun berjalan lancar. Elina betul betul habis kat UKM bulan 7, 2012. Tapi rezeki nak dapat kerja awal, 1 August 2012 Elina dah mula kena lapor diri kat tempat kerja. Actually masa tu Elina sorang je contract staff under boss ni. Elina start dari bawah. Elina mula dengan kontrak 6 bulan kat company ni. Macam biasa, kalau prestasi bagus, boleh serap ke permanent. Tapi Elina tak harap sangat sebab biasalahh.. ada masalah racist sikit kat sini, hehe.

Walaupun dah kerja kat syarikat ni, Elina still gigih dan rajin usaha nak dapatkan kerja permanent kat company lain. Penat menangis + stress masa tu sebab biasalah nasib contract staff, dilayan seperti anak tiri. But for me, never mind. Asalkan aku betol and buat kerja ku, haha. Memang stress sesangat kerja kat sini. Almaklum company besar, so dia punya tahap stress dia besar la kan. Actually sedih bukan hape, sebab tak ramai geng contract jugak under boss ni. So, dia lebih stress sikit la sebab kena deal dengan orang permanent yang banyak karenah ni. Tapi, I'm professional. Kalau salah, ko tetap salah. Tak kirala masa tu ko kontrak ke hape. *gila garang*. Tapi Elina bersyukur sesangat, since today, Elina still lagi kerja kat company yang sama. haha! Walaupun banyak dah pergi intebiu, company ni je nak terima Elina. kah3! *sedih kan -__-*. After setahun Elina kerja kat sini, maknanya kontrak Elina dah renew 2kali, ngehehee. Stress hokay, dengan nak kawinnya, kerja still status contract. Elina banyak jugak attend interview, tapi serius, takde yang best macam kat sini, huhu. Position Elina kat sini Executive untuk Technical Support. So hari-hari kena buat testing and reply email user yang mengada tak reti test sendiri, haha. Mula-mula stress jugak sebab semuanya baru, tapi sekarang, Elina ok je. Semua dah boleh buat sendiri.

Hehe tapi takpa, Allah nampak usaha kita kan. Actually Elina taknak cerita apa perkembangan terbaru kerja Elina kat entry ni. Sebab surprise! Elina nak cerita kat entry seterusnya. Haha! Cekidauttttt!

Monday 19 August 2013

:: Blessed 2013! ::

Hai All! Assalamualaikum.. :)


Lamanya tak hupdate blog ni dah. Bersawang dan bersarang rasanya. Busy sangat dengan kehidupan after study ni. Dengan kerja, dengan kehidupan sebagai tunangan orang, takde idea, and etc. Serious Elina dah jadi dewasa! hahahaa. Btw, too many many happy moments that happen in my life. Elina rasa, tahun ni tahun bertuah sangat untuk Elina. Semuanya berjalan seperti yang dirancangkan. Hanya kepada Allah jela Elina dapat ucapkan terima kasih tak terhingga atas semua nikmat dan rezeki yang diberikan. Btw, ni Elina curi time kerja nak update blog ni. hehee. nanti Elina sambung cerita lagi k. Gtg! :)


Notes from Elle : 5months more, and i'm yours!