Friday 23 August 2013

:: My Engagement Day - PART 1 ::

Hai all! Assalamualaikum..:)


Entry ni special sikit. hikss *gelak gedikss*. Haahaa actually ni first dalam sejarah hidup kan. So fefeeling excited lebih la kan *harap memahami :p*. Actually perbincangan untuk bertunang ni dari tahun lepas lagi. Tapi masa tu Elina baru lagi habis belajar. So that, nak kena tunggu kerja dulu and kukuhkan ekonomi sendiri dulu. Tapi takpela, Elina pun dat time baru 23tahun. Apelah yang kau tau sangat pasal hidup dik non. So takpayah nak menggatal dan menggedik sesangatt. Elina dan tunang actually dah kenal lama kot*tunang yang cakap*. Tapi Elina start kenal kenal dia awal tahun 2010. Dimulakan dengan dia bagi no telefon dia kat ym, hahaha. Time tu dia cakap dia kena g kursus untuk kerajaan sebab dia baru join kerajaan masa tu. No telefon yang dia bagi kat ym tu Elina biarkan sepi je. Hahahaa. Tak silap Elina 2009 lagi dia dah tegur masa tu kat FB. Tapi biasala, Elina tak percaya cinta alam maya ni. So, tak layan. Tapi first Elina jumpa tunang Elina ni kat Ampang. Masa tu Elina ikut kawan praktikal Elina dia kata nak jumpa kawan-kawan game dia. So layankan aje. Masa first jumpa tu tunang Elina selekeh amat. Baru balik main futsal. Kekeekee. Ayat yang paling tak lupa masa first jumpa ramai-ramai tu tunang Elina sempat cakap."Akhirnya dapat jugak eh tengok Elina depan depan". Masa tu senyum jaaa. Tak makan ayat manis ke hape. hikss. Tapi tula first jumpa tunang Elina. So sampai ke hari ni, lebih kurang 3tahun lebih la kami saling mengenali manis dan pahit perangai kami. Kekekeee.

Hahaaa so awal tahun ni, tunang Elina menyuarakan pendapatnya untuk bertunang pada tahun ini juga. Dan melangsungkan pernikahan tahun depan. So, Elina umur matang dah la tu kottt. 25tahun menikah. InsyaAllah. hikss :D So Elina ingat lagi tarikh keramat ni (22/02/2013). Kakakaaka. Masa tu Elina and keluarga tunang makan-makan dinner kat Hotel Grand Millenium, Bukit Bintang, tempat mak tunang Elina kerja. Setiap tahun kami akan makan sama sebab meraikan birthday kami bertiga iaitu mak tunang Elina(10Januari), tunang Elina(14Januari) and Elina sendiri pun lahir bulan Januari gak(18Januari). So before g dinner ni Elina dah cakap dah kat tunang Elina. Jangan cerita kat meja makan pasal perbincangan nak tunang ni. Segan i nokkss. Yela, semua ada kan time tuh. Tapi tunang Elina ni degey... -__- Dia nak jugak announce masa tu and perancangan kami beserta tarikh yang kami nak lagi. Hahahaa. Actually masa tu tak sangka dia nak cerita gak masa makan tu. Perghh. Terus ilang selera makan. Kakakakaa. Hmmm dat is d first time for me. Soooo, nebes sikit yeee nokss.

So, malam tu jugak semua family dia tahu pasal kami yang decide nak bertunang nii. Kakak my tunang terus cek dia punya jadual kut kut la ada kerja ke kan. So nasib kami baikk, tarikh itu dipersetujui semua yang ada di meja makan malam tu. After dah setuju masa tu, kami announce tarikh pertunangan kami pada 20 April 2013. 20hb actually sebab nak samakan dengan tarikh anniversary kami. Hahaa. Tapi tula, kita kan manusia. Sebaik-baik perancang adalah Allah swt. To be continued.. :)

No comments:

Post a Comment