Tuesday 14 February 2012

:: Bake180 Teams ::


Hey Hai all! Assalamualaikum..

Entry kali nih, Elina nak ceritakan pengalaman praktikal di Bake180 Sdn Bhd. Dengar nama syarikat nih, mesti korang semua ingat Elina praktikal kat syarikat bakery kan, hik3. Sebenarnya masa mula-mula Elina nak apply pun, Elina ingat ni syarikat bakery, sebab web dia pun, unik, gambar oven, tapi sebenarnya, tu konsep syarikat nih. Mempersembahkan kerja diorang yang fresh-fresh, tapi dalam maksud dunia IT.

Actually, masa mula-mula nak apply, berminat dengan allowance yang diberikan, iaitu RM500 sebulan. Untuk student praktikal macam Elina, rasa sangat berbaloi dah. Lagipun, syarikat nih dekat je dengan rumah Elina, so that, boleh jimat sangat-sangat sebab tak payah sewa rumah. Sebelum diterima masuk, kena pergi interview dulu. Masa nak di interview tu, cuaknya macam nak kerja betul-betul lagaknya. Stress betul, sampai keluar masuk toilet, haha. Nebes sangat kot masa tuh.

Tapi Alhamdulillah, lepas interview, rasa tenang je. 5th September 2011, tarikh kena mendaftar diri kat syarikat tuh, dan bermulalah dunia praktikal Elina di sana. Elina dipantau oleh seorang supervisor muda, Encik Ridhwan namanya, sangat3 baik, and Elina still berhubung dengan dia sampai sekarang, sangat senang communicate dengan dia. Dia banyak bagi tunjuk ajar pasal creative and website design sebab masa mula masuk, Elina memang dah lupa betul cara nak develope website and coding HTML tuh. Ingat sikit-sikit je.

Di bawah seliaan dia, Elina kena siapkan every month content for website EH!, The Peak, dan BluInc. Elina ditugaskan untuk mengedit semua content dan dipublishkan ke website ini tiap-tiap bulan. Elina ada jugak pengalaman edit content untuk website Men's Health dan Marie Claire. Pengalaman yang Elina dapat from syarikat nih, memang akan digunakan sebaiknya dan Elina takkan lupakan jasa baik semua Bakeroons team yang banyak tolong Elina sepanjang kat sana.

Disember lepas jugak, Elina join company trip yang company nih buat kat Pulau Pangkor. Kami student practical, semuanya ditanggung, hehe. Cuma duit shopping jela tanggung sendiri. Best sangat2!! :D

Excited masa nak konvoi pergi Pangkor
kami student UKM yang berpraktikal bersama.. hehe :D





Muka mabuk masa atas feri, adehhh -_-"
capture by Encik Manager ^_^


Encik Manager lagi.. ^_^


kunun nak main bola.. :p
excited nak g snorkeling.. :D
dinner time!!


Masa kat Pantai Remis, manager tunjuk kampung dia, hehe.. 
Tulah antara gambar-gambar masa ikut company trip mereka. Special thanks to Bakeroons Team for their kindness and help since Elina mula praktikal kat sana. 

Bakeroons team! yang mcm Bruno Mars depan skali nih is Encik Ridhwan, my great supervisor! :D

Celebrate birthday bersama! Thanks! :D
Takkan lupakan memories and experience sepanjang praktikal kat sana, thanks Bakeroons Team! Till we meet again yeah! Semoga company semakin sukses! aminn~ :)


Sunday 12 February 2012

:: Wild Basil, Solaris Dutamas ::



Hey Hai all!! Assalamulaikum..

Entry kali nih, Elina nak share sikit restoran yang Elina pergi dengan geng-geng opis arituh sempena kami nak habis praktikal dah kat situ*manager belanje, kui3.. Harga kat restoran nih, agak mahal jugak, tapi berpatutan la dengan apa yang dihidangkan. Restoran nih, dekat je dengan ofis kami. Dalam bangunan Publika, Solaris Dutamas lagi.

suasana kedai yang kemas and romantik.. :)


Suasana dalam restoran nih, memang sesuai sangat untuk pasangan-pasangan yang nak sambut tarikh penting, hehe.. Romantik je tau. And yang paling penting, customer tak la ramai sangat, sebab cawangan nih baru lagi dibuka di Solaris nih.

Muka-muka tak menyabar nak pilih menu.. :p

sementara tunggu order sampai.. 

man, wan and ardi yang kuat mengusik.. :p

encik manager and nadiah!!

gambo curik yang mereka amik. jaat! nampak macam tengah nangis pulek, adehh -_-"


Ni makanan me! Cam biasa, Chicken Chop, kih3.. 

Overall, memang sedap la makanan kat sini, cuma, makanan western dia tak variety macam kt Murni, hehe. Air Elina order Chocolate Shake, tapi, tak sempat nak snap gambarnya, selamat dalam perut baru teringat, hehe. Pada sapa-sapa yang teringin nak cuba makanan kat restoran nih, boleh cuba, untuk memberikan kelainan sedikit dari tempat makan yang biasa anda pergi.. Enjoy it. :D

Friday 10 February 2012

:: Gambaran Sebenar Saiz Nabi Adam A.S ::


Hey Hai all! Assalamualaikum..

Today, nak share sikit info pasal Nabi terdahulu iaitu Nabi Adam A.S. Gambaran saiz Nabi Adam A.S berbeza betul dari ketinggian manusia sekarang.. Wallahuallam.. :)
Gambaran saiz baju Nabi Adam A.S





Notes from Elle : Sharing is caring.. :)

Wednesday 8 February 2012

:: Wordless Wednesday ::


Al - Fatihah for her.. :')


Tuesday 7 February 2012

:: Random Picture ^^ ::


Hey Hai all! Assalamualaikum..

Entry kali nih, Elina kongsikan sikit gambar-gambar yang tak lah lawak mana, tapi, silalah tengok ye, saja nak share. hik3.. Check it out! :D



Ni sangat sesuai untuk student macam i, kih3.. :p







That's all for today.. Enjoy it! hehe.. :D


Monday 6 February 2012

:: Al-Fatihah to my Beloved Arwah Nenek ::

Hey Hai all! Assalamulaikum.. 

Entry kali nih, buatkan i sedih sangat3, tak boleh nak cakap banyak, hanya boleh sedekahkan Al-Fatihah banyak-banyak untuk orang kesayangan i nih. Orang yang jaga i masa i kecik. Layan karenah i dengan sabar. Tak pernah dengar dia tinggi suara. Betapa hebatnya insan ini. Kerja keras untuk besarkan 8 orang anak-anaknya.

Tapi, kami sekeluarga dikejutkan dengan pemergian arwah nenek Isnin lepas pada jam 11 malam. Nenek hembuskan nafas terakhir di Bukit Jalil, rumah Alang i, tempat untuk arwah memulakan perubatan penyakitnya. Tak sangka sebelum g JB arituh hari terakhir aku berborak dengan arwah. Kesian tengok arwah masa tuh, nampak uzur lepas keluar dari hospital. Tapi masa tuh, i harap sangat arwah cepat sembuh. Sebab ada yang cakap, arwah nenek nampak macam ada tanda-tanda nak pergi.. :'(

Tapi i tak ambil port langsung, terus layan dia cam biasa, tengok muka dia, kiss dia. Masa hari jenazah arwah nenek selamat di bawa ke Johor 31/1 tu, i bacakan yassin banyak-banyak dan tengok dari awal dimandikan, sampai akhir dikafankan. Sempat cium arwah nenek buat kali terakhir. Semua redha dengan pemergian arwah sebab tak sanggup tengok arwah menderita dengan penyakitnya, nampak sangat sengsara.. :'(

Masa ramai orang tengok jenazah arwah buat kali terakhir, ada sorang kawan rapat arwah nenek cakap, "comelnya muka jah, tenang je, nampak tersenyum".. Masa i dengar tuh, memang berjurai lagi air mata. Tapi memang i nampak perubahan muka arwah nenek. Tenang je. Nampak comel.. :') Dah tak boleh sambung, mata dah bergenang nih.. Yang diharapkan, semoga arwah nenek tenang di dalam persemadiannya, dan rehat sedamainya, ampunkan segala dosanya, dan halalkan segalanya, aminn~ Semoga rohmu di cucuri rahmat nenek! Al-Fatihah.. :')


rindu dengan senyuman n muka comel arwah nenek :')


Notes from Elle : I do miss n love u nenek! :')


Sunday 5 February 2012

:: Murni Discovery ::


Hey Hai all! Assalamualaikum..

Rasanya tak terlewat lagi kan nak ucap Salam Maulidur Rasul? Waahh, lama rasa tak update blog nih, bersawang habis dh.. :p Bukan takde story and info nak share, tapi akibat kekangan masa and takde mood untuk berblogger*ececeh. Tapi entry kali nih, nak share sikit pasal tempat makan best yang baru-baru nih, geng-geng opis introduce kat i. Dah 2 kali la try makan kat sana, memang tak menghampakan.. Terbaik!! 

Restoran nih terletak kat PJ. So, aritu, konvoi beramai-ramai ke sana sebab geng ofis cakap memang terbaik kat situ. Nak tau alamat Restoran Murni Discovery tu, korang klik sini eh :). Setakat nih, dah try makan Chicken Chop Special, Nasi Goreng Chicken Chop, Nasi Goreng Special and Roti Hawaiian. Nak share info pasal restoran nih sebab puas hati dengan serve dia yang cepat walaupun ramai customer and portion makanan kat restoran nih yang memang sangat puas hati.

Untuk mereka-mereka yang suka sangat and boleh habiskan makanan dalam portion yang banyak, tempat nilah yang patut jadi pilihan anda. Jom tengok menu-menu kat restoran nih... 


Nama air-air nih ada yang unik sikit. Lily Special, Mango Special, Pink Panther, I Love U, Milo Dinasour, Poison dan 3 Layer Tea. Nampak nyummy kan! ^_^v

Ni air Poison, berani nak try? hehe :D


Beef Steak


Chicken Chop Special, i dah try! ^_^

Maggi Goreng Special *ni my friend dah cuba. best! 
Ni i dah try, Nasi Goreng Chicken Chop, banyak woo, sure tak boleh habis

Ni pun i dah try, Roti Hawaiian. Dinasihatkan kalau lapa sangat, jangan order nih k! :p

Mee Raja, one of the famous menu..


Haaa, kecur tak air liuq tengok makanan-makanan nih? hehe. Restoran nih ada cawangan lain gak kat Kepong dan Subang Jaya. I dah try kat Kepong punya gak, menu sama je, tapi customer tak ramai macam kat PJ punya mungkin sebab dia baru bukak. Nama yang kat Kepong punya pulak Murni's Cafe tau! Jangan confuse, heee.. :D Selamat mencuba bagi sapa-sapa yang terasa nak makan banyak-banyak tuh k! :)


Notes from Elle : miss u so much my beloved arwah nenek! Rest in Peace! Al-Fatihah.. :')