Sunday 5 February 2012

:: Murni Discovery ::


Hey Hai all! Assalamualaikum..

Rasanya tak terlewat lagi kan nak ucap Salam Maulidur Rasul? Waahh, lama rasa tak update blog nih, bersawang habis dh.. :p Bukan takde story and info nak share, tapi akibat kekangan masa and takde mood untuk berblogger*ececeh. Tapi entry kali nih, nak share sikit pasal tempat makan best yang baru-baru nih, geng-geng opis introduce kat i. Dah 2 kali la try makan kat sana, memang tak menghampakan.. Terbaik!! 

Restoran nih terletak kat PJ. So, aritu, konvoi beramai-ramai ke sana sebab geng ofis cakap memang terbaik kat situ. Nak tau alamat Restoran Murni Discovery tu, korang klik sini eh :). Setakat nih, dah try makan Chicken Chop Special, Nasi Goreng Chicken Chop, Nasi Goreng Special and Roti Hawaiian. Nak share info pasal restoran nih sebab puas hati dengan serve dia yang cepat walaupun ramai customer and portion makanan kat restoran nih yang memang sangat puas hati.

Untuk mereka-mereka yang suka sangat and boleh habiskan makanan dalam portion yang banyak, tempat nilah yang patut jadi pilihan anda. Jom tengok menu-menu kat restoran nih... 


Nama air-air nih ada yang unik sikit. Lily Special, Mango Special, Pink Panther, I Love U, Milo Dinasour, Poison dan 3 Layer Tea. Nampak nyummy kan! ^_^v

Ni air Poison, berani nak try? hehe :D


Beef Steak


Chicken Chop Special, i dah try! ^_^

Maggi Goreng Special *ni my friend dah cuba. best! 
Ni i dah try, Nasi Goreng Chicken Chop, banyak woo, sure tak boleh habis

Ni pun i dah try, Roti Hawaiian. Dinasihatkan kalau lapa sangat, jangan order nih k! :p

Mee Raja, one of the famous menu..


Haaa, kecur tak air liuq tengok makanan-makanan nih? hehe. Restoran nih ada cawangan lain gak kat Kepong dan Subang Jaya. I dah try kat Kepong punya gak, menu sama je, tapi customer tak ramai macam kat PJ punya mungkin sebab dia baru bukak. Nama yang kat Kepong punya pulak Murni's Cafe tau! Jangan confuse, heee.. :D Selamat mencuba bagi sapa-sapa yang terasa nak makan banyak-banyak tuh k! :)


Notes from Elle : miss u so much my beloved arwah nenek! Rest in Peace! Al-Fatihah.. :')

2 comments:

  1. aku pun terliur tgk maknan ko.. haha

    ReplyDelete
  2. hahahaa.. kan? pe lg, g lah! bes wooo makanan kat sini. ramai orang plak tuh, not bad! :D

    ReplyDelete