Sunday, 1 September 2013

:: My Graduation Day, October 2012 ::


Hey Hai all! Assalamualaikum


October tahun lepas tahun 2012 *dah tak ingat tarikh sebenar* adalah hari paling best sebab finally... Elina berjaya menamatkan pengajian Elina kat UKM Bangi selama 3tahun dalam course Degree in Computer Science. Segala penat lelah and usaha selama ni belajar, akhirnya.. tamat jugak. Elina belajar tanpa henti almost 6tahun. hahaa.. Sebab after habis Diploma terus dapat tawaran sambung study kat UKM. Happy tapi at the same time tak sempat nak rehat otak, hehe.



Btw, masa graduation day ni course kami dapat sidang ke 8 dat means sidang mengantuk sebab dah petang. hehe. Pulak tu kami adalah sidang yang terakhir bagi semua course *sadis betol IT ni.* Tapi takpela, setakat tunggu turn nak amek scroll apela sangat. haha. part yang tak bestnya, tak dapat jumpa kawan-kawan right after the ceremony *sobs*. Dah la hujan baru berhenti, pastu dah petang sangat, semua sibuk cari family masing-masing. Tapi dapat jugakla ambik gambar dengan kawan-kawan yang sempat jumpa masa tu before masuk dewan. Tu je Elina nak share entry kali ni. Dah basi sangat actually, tapi nak jugak jadikan kenangan dalam blog ni. hehe.. Gtg! :)






1 comment: