Tuesday 14 February 2012

:: Bake180 Teams ::


Hey Hai all! Assalamualaikum..

Entry kali nih, Elina nak ceritakan pengalaman praktikal di Bake180 Sdn Bhd. Dengar nama syarikat nih, mesti korang semua ingat Elina praktikal kat syarikat bakery kan, hik3. Sebenarnya masa mula-mula Elina nak apply pun, Elina ingat ni syarikat bakery, sebab web dia pun, unik, gambar oven, tapi sebenarnya, tu konsep syarikat nih. Mempersembahkan kerja diorang yang fresh-fresh, tapi dalam maksud dunia IT.

Actually, masa mula-mula nak apply, berminat dengan allowance yang diberikan, iaitu RM500 sebulan. Untuk student praktikal macam Elina, rasa sangat berbaloi dah. Lagipun, syarikat nih dekat je dengan rumah Elina, so that, boleh jimat sangat-sangat sebab tak payah sewa rumah. Sebelum diterima masuk, kena pergi interview dulu. Masa nak di interview tu, cuaknya macam nak kerja betul-betul lagaknya. Stress betul, sampai keluar masuk toilet, haha. Nebes sangat kot masa tuh.

Tapi Alhamdulillah, lepas interview, rasa tenang je. 5th September 2011, tarikh kena mendaftar diri kat syarikat tuh, dan bermulalah dunia praktikal Elina di sana. Elina dipantau oleh seorang supervisor muda, Encik Ridhwan namanya, sangat3 baik, and Elina still berhubung dengan dia sampai sekarang, sangat senang communicate dengan dia. Dia banyak bagi tunjuk ajar pasal creative and website design sebab masa mula masuk, Elina memang dah lupa betul cara nak develope website and coding HTML tuh. Ingat sikit-sikit je.

Di bawah seliaan dia, Elina kena siapkan every month content for website EH!, The Peak, dan BluInc. Elina ditugaskan untuk mengedit semua content dan dipublishkan ke website ini tiap-tiap bulan. Elina ada jugak pengalaman edit content untuk website Men's Health dan Marie Claire. Pengalaman yang Elina dapat from syarikat nih, memang akan digunakan sebaiknya dan Elina takkan lupakan jasa baik semua Bakeroons team yang banyak tolong Elina sepanjang kat sana.

Disember lepas jugak, Elina join company trip yang company nih buat kat Pulau Pangkor. Kami student practical, semuanya ditanggung, hehe. Cuma duit shopping jela tanggung sendiri. Best sangat2!! :D

Excited masa nak konvoi pergi Pangkor
kami student UKM yang berpraktikal bersama.. hehe :D





Muka mabuk masa atas feri, adehhh -_-"
capture by Encik Manager ^_^


Encik Manager lagi.. ^_^


kunun nak main bola.. :p
excited nak g snorkeling.. :D
dinner time!!


Masa kat Pantai Remis, manager tunjuk kampung dia, hehe.. 
Tulah antara gambar-gambar masa ikut company trip mereka. Special thanks to Bakeroons Team for their kindness and help since Elina mula praktikal kat sana. 

Bakeroons team! yang mcm Bruno Mars depan skali nih is Encik Ridhwan, my great supervisor! :D

Celebrate birthday bersama! Thanks! :D
Takkan lupakan memories and experience sepanjang praktikal kat sana, thanks Bakeroons Team! Till we meet again yeah! Semoga company semakin sukses! aminn~ :)


3 comments:

  1. hye jom follow blog ni tq
    http://stylistacollection.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan dik.. Bestnya bercuti.. Akak tak pernah p pangkoq lagi...

    ReplyDelete
  3. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Ingatlah selalu bahwa tekad Anda untuk sukses lebih penting daripada yang lainnya.

    ReplyDelete