Monday 6 February 2012

:: Al-Fatihah to my Beloved Arwah Nenek ::

Hey Hai all! Assalamulaikum.. 

Entry kali nih, buatkan i sedih sangat3, tak boleh nak cakap banyak, hanya boleh sedekahkan Al-Fatihah banyak-banyak untuk orang kesayangan i nih. Orang yang jaga i masa i kecik. Layan karenah i dengan sabar. Tak pernah dengar dia tinggi suara. Betapa hebatnya insan ini. Kerja keras untuk besarkan 8 orang anak-anaknya.

Tapi, kami sekeluarga dikejutkan dengan pemergian arwah nenek Isnin lepas pada jam 11 malam. Nenek hembuskan nafas terakhir di Bukit Jalil, rumah Alang i, tempat untuk arwah memulakan perubatan penyakitnya. Tak sangka sebelum g JB arituh hari terakhir aku berborak dengan arwah. Kesian tengok arwah masa tuh, nampak uzur lepas keluar dari hospital. Tapi masa tuh, i harap sangat arwah cepat sembuh. Sebab ada yang cakap, arwah nenek nampak macam ada tanda-tanda nak pergi.. :'(

Tapi i tak ambil port langsung, terus layan dia cam biasa, tengok muka dia, kiss dia. Masa hari jenazah arwah nenek selamat di bawa ke Johor 31/1 tu, i bacakan yassin banyak-banyak dan tengok dari awal dimandikan, sampai akhir dikafankan. Sempat cium arwah nenek buat kali terakhir. Semua redha dengan pemergian arwah sebab tak sanggup tengok arwah menderita dengan penyakitnya, nampak sangat sengsara.. :'(

Masa ramai orang tengok jenazah arwah buat kali terakhir, ada sorang kawan rapat arwah nenek cakap, "comelnya muka jah, tenang je, nampak tersenyum".. Masa i dengar tuh, memang berjurai lagi air mata. Tapi memang i nampak perubahan muka arwah nenek. Tenang je. Nampak comel.. :') Dah tak boleh sambung, mata dah bergenang nih.. Yang diharapkan, semoga arwah nenek tenang di dalam persemadiannya, dan rehat sedamainya, ampunkan segala dosanya, dan halalkan segalanya, aminn~ Semoga rohmu di cucuri rahmat nenek! Al-Fatihah.. :')


rindu dengan senyuman n muka comel arwah nenek :')


Notes from Elle : I do miss n love u nenek! :')


2 comments: