~ I DO, I DO, I DO... :) ~
Wednesday, 10 August 2011
Monday, 8 August 2011
:: 7th day Puasa ::
Hey hai all!! Assalamualaikum....
Alamak haiii.. Kemain rajin sekarang i update blog, walaupun ntah sape-sape je pun yang baca, hehe. Takpela, i just wanna share je pun. Tak nak baca tak hape, takde sapa larang, hee... Time-time puasa nih, banyak plak aktiviti kan, tu yang rajin je nak menaip, hehe.. Semalam, i'm outing with my bff, Hany! Happy sangat bila kua dengan dia, sebab dia sangat-sangat happening orangnya.. Memang gelak x hingat la klu dah jumpe dia.. Elok-elok cantik je, bila kua dengan dia, jadi kurang sopan sikit, hik3.. Tapi, kali nih, memang sedih sangat tengok muka dia. Dia pun nampak susut sikit badan walaupun before nih memang nampak dia agak 'happy' sebab memang dia tengah happy. Kebelakangan nih, dia de something prob yang.... mungkin susah nak paham.. Tapi.... i hanya boleh doakan, mende nih cepat settle, n dia ok seperti biasa.. :) Rindu sangat gelak ketawa dia yang boleh bikin i berpeluh-peluh gelak. Hmm, i wish u happy like always my dear! Semalam sakan temankan dia shopping, rajin dia masuk fitting room bagai.. Tapi i malas gila! haha.. Tapi semalam dapat la beli kemeja kat ROMP One Utama. Comey gak n puas ati, hee... Pastuh ktorg sama-sama g berbuka kt Johnny's Restaurant. Ktorg dah siap booked dari kol 4 petang lagi. Then masa tengah tunggu waktu berbuka tuh, menghadap ktorg makan nampak Norish Karman n Arni Nazira. Phewwitt.. Diorg kt lua pun cantik babe! Adoi, licin je kulit walaupun tak makeup bagai, huuhu.. Anyway, ni jela pic yang sempat snap semalam, haha.. Sengal je, tapi, ni la kenangan semalam...
.
.
.
![]() |
| toilet pn bolehhh.. :p |
![]() |
| cenyum selalu.. :) |
![]() |
| buwekkk... :p |
![]() |
| kemain happy kau... :p |
![]() |
| <3 u babe!! :) |
Oklah, nanti ada cite lain nak kongsi, i update lg hokehh.. Later all.. ~ :)
Saturday, 6 August 2011
:: 6th day puasa ::
Hey hai all!! Assalamualaikum..
Hari ni, nak share sikit pengalaman shopping kat Jalan TAR tadi.. Shoppingkah? Hahahaa.. Kesian sangat kt my B, abes muka dia merah-merah n peluh-peluh. Tapi berbaloi gak la tadi, dapat gak beli pashmina raya n buat something yang happy, hee.. Gempak ko, nak kena cari tiga pashmina. Sebab, raya kali nih sakan, 3 pasang baju, 2 baju kurung, 1 kebaya*ngeh3..1 baju tuh, officially, memang sama dengan family sebelah sana, 1 lagi dengan family i, 1 lagi pilihan sendiri, kih3.. Sakan ko Elina. Takpela, bukan selalu, haha. Esok nak sakan lagi shopping, haha. Tapi tadi, memang sabar betol dengan keadaan kt KL. Ramai orang kot. -_-" Memang dah agak, ibu i dah suruh gerak awal, so that tak sesak sangat, tapi padan muka kami. Tapi pengalaman untuk dia, sebab tadi i bawak my B nek ktm. Haha, rasakan.. Rasa nak buka tak sebab penat? Hehe, sepanjang dia cuti nih, memang i asek ajak dia nek public transport je. Dalam minggu nih je, dah ajak dia naik Monorail, Putra, Star n KTM. Hik3, kesian mucuk2... Dia jarang naik, ramai orang plak tuh tadi, hehe. Yang padan muka kat i nye, nak jalan2 tuh la pakai kasut tinggi, terbaik ko Elina! Masa nak balik tunggu tren kt KL Sentral tuh, i dah duduk, haha. Letih kot. My B siap tanya, nape tak bawak air tadi, minum jela.*erk, phm2 je eh, haha. Mulut yang selalu pot pet pot pet bila dengan dia, terus jadi diam sebab kepenatan, dia tanya, i hanya mampu mengangguk je, haha. Senget ko, padahal ko yang beriye kan nak kua ke KL, hehe. Kesian bf ko Elina.. :p Kenapa ktorg kt KL Sentral? haha, cari pasal.. Ktorg g times square gak sebab i ada nak cari barang. Lastly barang tuh tak jumpa yang berkenan.. -_-" Kesian lagi kat my B sebab penat temankan. Dia senyum je, tapi ntah2 dalam hati....... hhahaaha.. *mati ko nnt ble dia baca.. :p... Ni jela short update untuk arini. Esok de tugas lagi perlu settle, haha.. Nite2 all bloggers.. :)
notes from Elle : semoga Allah permudahkan lagi segala urusan yang telah dirancangkan... Aminn~ :)
Wednesday, 3 August 2011
:: 2nd Day Puasa ::
Hey Hai all!! Assalamualaikum...
Lama gila plak rasa tak update blog i nih. Hampir sebulan, sorry yerk! Haha, my B pun dah tanya, lama tak jenguk blog dah eh, hahaha... Kesibukan melanda diri, sekarang pun baru ada masa nak spend time untuk wat macam2.. hhehee.. Semalam, i pegi tempat kerja, and settlekan benda yang patut di settlekan ditemani encik Fahmi yang setia menemani i, haha.*sementara dia cuti nih, heee.. Then, after that, pergi tempat favourite kitorang, cam biasa, One Utama, sebab dekat la gak dari umah, heee.. Actually dari rumah lagi dah call tempat nih untuk reserved makan untuk buka puasa. Takut full plak kan, langkah berjaga2, baik g tempah awal. Takde la merana tak dapat tempat nak buka nanti, hehe.. Nak tau ktorg buka kat ne.... Ni ha tempat dia....
![]() |
| KENNY ROGERS ROASTERS.. |
Haha, btw, masa makanan belum sampai tuh, ktorg mmg bajet nak amek gambar ayam2 tuh... Tapi apakan daya, makanan sampai, ktorg makan terus n bila dah tinggal tulang baru my B perasan, haha, kata nak amek pic makanan td.. Kah3!! Siyes ktorg kebulur sangat2.. So, padan muka ktorg, xpelah, next time jela share kat sini, hik3... Today plak, dapat invitation dari keluarga my B untuk berbuka kat umah diorg.. So, cam biasa, petang2 sikit, gerak la dari umah ke Setiawangsa... Last but not least, SELAMAT BERPUASA TO ALL BLOGGERS!!! :)
notes from Elle : takut dengar orang yg tunang pun boleh putus, apatah lagi yang tengah bercinta kan... Semoga hubungan kami berdua diredhai Allah selalu. Akan selalu jadikan iktibar dari orang sekeliling.. :)
notes from Elle : takut dengar orang yg tunang pun boleh putus, apatah lagi yang tengah bercinta kan... Semoga hubungan kami berdua diredhai Allah selalu. Akan selalu jadikan iktibar dari orang sekeliling.. :)
Monday, 4 July 2011
:: Gadis Terminal ::
Hey hai all..!! Assalamualaikum..
Kenapa tajuk entry i kali nih cmni? hehe, korang fikir2 kan la sendiri, hik3. Mm, lama plak rasa tak jengok blog sendiri, apatah lagi yang lain kan. I try reply sume chat n comment k! Sorry babe n guys.. I busy sedikit..*sedikit kah? Actually busy banyak, haha. Sampai tak sempat jumpa matahari*thriller tak? Keluar umah kol 6 pagi, ada kat rumah kol 12 malam. Haha, tula, kan dah bagitau, thriller weh hidup i sekarang. Sorry la lepas nih update pun tak panjang2, haha. Letih weh. Masa yang ada, kena spend banyak2 untuk rehat dan peluk bantal, haha. Nantila kalau i rasa i nak share pasal apa i busy nih, i share k. Sebab sekarang takde mood nak berblogger lama-lama.. Hee, have a nice day! Later all! :)
Notes from Elle : terharu sebab mak my B call dari Sarawak n cakap ada beli ubat untuk penyakit lelah. Thanks mak! LOve u! :)
Thursday, 30 June 2011
:: #1 Petua Kecantikan ::
Hey Hai all..!! Assalamualaikum
Today entry, nak share sikit pasal petua kecantikan, muahaaaha.. Check it out! :)
Awet Muda
Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:
- Kisar beberapa jambul nanas*camne eh? dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
- Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.*erk, ni yang payah nih
Melentik Bulu Mata
Mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Untuk memiliki mata yang cantik, di sini ada satu cara yang boleh diamalkan :-
- Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan
Melebatkan Bulu Mata
- Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu*mmg nak amalkan pun! hee..
Mencantikkan Rambut
- Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut. Caranya
- Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.
- Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
- Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit kepala.
- Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air. Ramas sehingga keluar airnya. Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.
Hindari Rambut Gugur
- Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
- Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
- Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.
Nanti ada banyak lagi petua yang i nak share kan.. Sambung nanti lagi ye. Later all!! :)
Labels:
petua
Wednesday, 29 June 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)








